Skuad negara mara separuh akhir bola jaring Asia

KUALA LUMPUR: Skuad bola jaring kebangsaan mengesahkan tiket ke separuh akhir Kejohanan Asia 2022 selaku juara Kumpulan C selepas merekodkan kemenangan kedua dengan mengatasi Taiwan di Singapura, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di OCBC Arena Singapura itu, skuad negara menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan ke atas Taiwan dengan keputusan 82-25.

Kelmarin, skuad negara memulakan kempen pada edisi kali ini dengan menewaskan Brunei 78-22.



“Sudah tentu kami gembira dengan kemenangan dalam perlawanan hari ini. Fokus utama kami dalam kejohanan ini adalah untuk memperkemaskan permainan dalam setiap perlawanan yang diharungi,” kata kapten negara, Nur Syafazliyana Mohd Ali selepas tamat perlawanan.

Semua empat pasukan juara kumpulan di pusingan awal akan diletakkan dalam Kumpulan E dan akan bersaing antara satu sama lain bagi penentuan ranking untuk perlawanan separuh akhir.

Dua pasukan yang mara ke pentas final pada kejohanan ini mendapat slot ke Piala Dunia 2023 di Cape Town, Afrika Selatan. Sebagai rekod, Malaysia dua kali muncul juara Kejohanan Asia iaitu pada edisi 1985 di Kuala Lumpur dan 2016 di Thailand.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button