Anwar Ibrahim sah tidak bertanding di PD

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


 

Anwar Ibrahim sah tidak bertanding di PD

 

Desas-desus politik kencang bertiup, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah tidak bertanding di PD.

Dikhabarkan Anwar gusar akan bertembung dengan Khairy Jamaluddin yang memberi laluan kepada Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan di Rembau.

Sebelum ini, Anwar diberitakan berminat untuk berentap di Tambun dengan Timbalan Presiden PPBM, Faizal Azumu, namun belum dimuktamadkan.



Anwar memenangi kerusi Port Dickson pada 13 Oktober 2018 dengan majoriti 23,560 selepas menewaskan 6 pencabar lain.

 

Anwar Ibrahim sah tidak bertanding di PD

 

KJ dikatakan akan ke Parlimen Seremban pada PRU15.

Walaupun Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengalu-alukan sekiranya Khairy berentap dengannya di Seremban, Port Dickson juga merupakan antara ‘kerusi panas’ yang perlu diintai Khairy.

Bagi PH Negeri Sembilan, mereka masih menaruh harapan agar Anwar kekal di PD, tetapi dalam masa sama perlu memikirkan survival PKR dalam politik.



 

Anwar Ibrahim sah tidak bertanding di PD

 

Melepaskan Anwar ke Tambun akan memberi kelebihan buat PH N.Sembilan menampilkan muka baru bagi mempertahankan PD.

Anwar dikatakan gentar berdepan KJ kerana pengundi muda tidak memihak kepadanya. Bagi mereka (pengundi 18), KJ jauh lebih berpotensi untuk diberikan tempat memandangkan beliau cukup popular dikalangan anak muda.

 

 

Dengan imej yang lebih terbuka dan berfikiran sealiran dengan anak muda, sudah pasti Anwar bakal berdepan masalah jika beliau bertarung dengan KJ di PD.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker