Anak Allahyarham Mr Os, Raih Perhatian Ramai!

“Hampir 10 Tahun Masih Setia Guna ‘Stethoscope’ Pemberian Abah”

Anak Allahyarham Mr Os, Raih Perhatian Ramai!

Anak Allahyarham Mr Os, Raih Perhatian Ramai!

Mohd Yusof bin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os, yang merupakan seorang pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah, penulis dan pengacara Malaysia. Beliau dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak.

Mr Os memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung. Pada tahun kemudiannya, iaitu tahun 1987, beliau diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem Mr. Os. Ketika zaman kemuncaknya, beliau sering digandingkan dengan pelawak Sheila Rusly, Salih Yaacob dan Aziz Sattar. Dalam tahun 1988, beliau bersama-sama Hussein Abu Hassan, Puteri Salbiah dan Latif Ibrahim telah membintangi sebuah filem seram Indonesia bertajuk Bisikan Arwah.

Pada 8 April 2016, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Os yang sidebabkan oleh kanser paru-paru. Allahyarham Os selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Taman Sri Gombak, Selangor.



“Aku Takkan Tukar Sampai Bila-Bila”

Baru-baru ini, tular beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik anak kepada pelakon yang dikenali ramai Allahyarham Mr Os iaitu Dr Syafiqa Hayra yang meraih perhatian ramai.

Di dalam gambar berkenaan, memaparkan Dr Syafiqa yang memberitahu mengenai setiap individu mempunyai kisah yang tersendiri, termasuklah dirinya.

“Lain orang lain kisahnya, Aku? Stetoskop berusia hampir 10 tahun ini takkan ku tukar sampai bila-bila”

“Akan ku jaga dengan rapi. Pemberian Allahyarham abah yang paling bermakna untuk aku. Happy abah masa belikan stetoskop ni untuk aku mengenangkan anaknya tak lama lagi graduate dan jadi doktor”

“Mengalir pahala abah setiap kali aku memeriksa pesakit dengan menggunakan stetoskop ni”-Kata Dr Syafiqa

Anak Allahyarham Mr Os, Raih Perhatian Ramai!
Via Tiktok Dr Syafiqa Hayra
Anak Allahyarham Mr Os, Raih Perhatian Ramai!
Via Tiktok Dr Syafiqa Hayra

Rata-rata diruangan komen, ramai juga yang berkongsikan kisah yang sama dalam kehidupan mereka. Apa-apa pun, semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Anak Allahyarham Mr Os, Raih Perhatian Ramai!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Muhyiddin sudah hilang kawalan, sepatut letak jawatan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker