Madrid ajar pendatang baharu



GLASGOW: Carlo Ancelotti memuji daya tahan Real Madrid bagi mempamerkan kehebatan dalam babak kedua ketika menang 3-0 di Celtic dalam usaha mereka mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara selepas berdepan kesukaran dalam 45 pertama berikutan kehilangan Karim Benzema kerana kecederaan.

Pemain Perancis itu mengalami kecederaan lutut selepas cubaan kapten Celtic, Callum McGregor terkena palang pada babak pertama.

Selepas Benzema dikeluarkan, Vincius Junior mengambil peranan membuka jaringan dengan penamat baik 11 minit bersambung babak kedua.

Penyudah baik Luka Modric menggandakan kelebihan juara bertahan itu sebelum Eden Hazard turut mencetak jaringan bagi memberikan permulaan 100 peratus buat skuad kendalian Ancelotti.



“Di sini anda menderita,” kata Ancelotti yan tidak menang dalam tiga kunjungan ke Celtic Park sebelum ini sebagai pengurus AC Milan.

“Berdepan pasukan ini, dalam suasana sebegini, terutama pada babak pertama kami memang menderita.

“Pada babak kedua kami bermain sangat bagus. Saya sangat puas hati. Perlawanan tidak selalunya seperti yang anda mahukan, tapi pasukan ini tahu bagaimana untuk bangkit selepas tempoh yang buruk. Babak kedua menakjubkan.”

Celtic memulakan aksi dengan rekod sempurna musim ini, termasuk menang 4-0 mengatasi pencabar setempat yang juga finalis Liga Europa, Rangers Sabtu lalu.

Namun pada perlawanan pertama mereka dalam Liga Juara-Juara selepas lima tahun, skuad kendalian Ange Postecoglou diberikan pengajaran berguna mengenai perlunya mereka mengambil peluang untuk tampil lebih bagus pada tahap tertinggi Eropah.

“Sehingga minit ke-60 kami beraksi baik tetapi anda dihukum pada tahap ini jika tidak mengambil peluang,” kata Postecoglou.

“Kami ada peluang. Apa yang kami belajar hari ini, kami sudah tahu kami perlu lebih tajam dalam kotak penalti.”

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker