Agong berkenan kurnia watikah pelantikan 15 ahli majlis MAIM

Melaka: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 15 ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di sebuah hotel di sini sempena lawatan hari terakhir selama dua hari ke negeri ini.

Turut hadir menyaksikan pengurniaan itu adalah Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Mengetuai penerima ialah Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali selaku Pengerusi MAIM, diikuti Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Md Rawi Mahmud.

Antara yang turut menerima watikah pelantikan ialah Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil dan Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah.

Pelantikan yang mula berkuat kuasa 20 April 2020 hingga Oktober 2022 itu mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri Melaka.

Pada majlis itu juga, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada Masjid Al Azim, Masjid Al Sultan Abdullah dan Surau Batu, Ujong Pasir.

METRO

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker