Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Onam kepada komuniti Malayalee

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Onam kepada komuniti Malayalee.

“Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada masyarakat Malayalee di Malaysia,” titah Seri Paduka berdua dalam hantaran menerusi akaun Facebook dan Instagram Istana Negara.

Onam adalah festival menuai masyarakat Malayalee, diraikan pada bulan pertama kalendar Malayalam yang dikenali sebagai ‘Chingam’ (bersamaan Ogos-September).

Perayaan yang secara tradisi disambut oleh penduduk di negeri Kerala, bahagian selatan India itu disambut bagi meraikan maharaja legenda (Bali Chakravarthi atau Mahabali) yang dipercayai pulang dengan hasil menuai yang banyak.



BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker