Hanya UMNO/BN Harapan Rakyat Untuk Kemakmuran Negara

MKT ada bincang tarikh PRU15 - "sumber"

KUALA LUMPUR – Mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, kemenangan UMNO/Barisan Nasional (BN) menjadi harapan rakyat untuk memulihkan segala kerosakan serta menjadi penawar bagi mereka terhadap janji-janji palsu yang telah direka oleh Pakatan Harapan (PH).

Naib Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Norhayati Norwawi, 70, berharap agar semua rakyat Malaysia memberikan mandat seutuhnya kepada UMNO/BN untuk menamatkan ‘penjajahan’ PH terutamanya di Selangor.

“Sebagai bonda dalam Veteran UMNO ini, kami sangat-sangat mengharapkan semua rakyat Malaysia memenangkan semula UMNO/BN terutamanya di Selangor. Setelah tiga penggal kita ‘dijajah’, setelah tiga penggal kita tidak memerintah, saya rasa itu sudah cukup mengajar kita supaya sedar dan insaf.

“Walaupun kita (Veteran UMNO) kurang tenaga, tetapi Insya-Allah semangat kita masih kuat untuk berjuang. Kata orang, ‘patah sayap bertongkat paruh’, perjuangan akan kita teruskan juga,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau turut menyeru semua anak muda untuk kembali memberi kekuatan serta kemenangan kepada UMNO/BN supaya parti itu memerintah semula.

“Saya menyeru anak-anak muda semua yang bakal menjadi pelapis pada masa akan datang, generasi muda, pengundi-pengundi baharu supaya kembalilah memberi kekuatan, kemenangan dan juga mandat kepada UMNO/BN untuk memerintah semula.

“Mudah-mudahan dengan sokongan kuat anda semua dan dengan izin Allah, Insya-Allah kita akan berkuasa semula. Malaysia akan menjadi negara yang makmur, yang lebih prihatin terhadap kesejahteraan serta kebajikan rakyat.

“Itulah harapan kami, supaya kerajaan kita kembali stabil dan dominan dengan adanya perpaduan dan kestabilan. Hanya itu sahaja yang dapat mengembalikan kekuatan negara kita,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Veteran UMNO Bahagian Shah Alam, Kamarudin Ahmad, 73, berpendapat, kemenangan UMNO/BN di beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) memberi mesej bahawa rakyat sudah muak dengan PH yang gagal melaksanakan manifesto mereka.

“Hanya UMNO/BN sahaja yang mampu untuk mengatasi kekecohan yang dilakukan oleh mereka. Itu terbukti apabila UMNO/BN menang di tujuh PRK serta di PRN Melaka dan Johor.

“Ini satu mesej yang sangat jelas daripada rakyat bahawa mereka sudah fed up dengan kerajaan PH yang gagal melaksanakan janji-janji manifesto pilihan raya,” katanya.

Menurut Kamaruddin lagi, hanya di bawah pentadbiran UMNO/BN, negara dapat berkembang dengan pesat terutamanya ketika di perintah oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kalau kita bandingkan dengan UMNO/BN, kita lihat sembilan tahun di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, kerajaan berjaya mencapai pembangunan yang sangat pesat. Pertumbuhan ekonomi sangat melebar serta agensi-agensi kerajaan semuanya memiliki dana yang tinggi.

“Saya faham rakyat rasa kecewa apabila melihat kerajaan PH menjarah segala dana yang ada pada agens-agensi kerajaan ini dan ianya telahpun digunakan oleh mereka. Kerana itulah UMNO/BN merupakan harapan kepada rakyat yang kecewa sebelum ini,” katanya lagi.  UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker