Arif Aiman wajar bersama senior Harimau Malaya

Arif Aiman wajar bersama senior Harimau Malaya

Arif Aiman wajar bersama senior Harimau Malaya
ARIF AIMAN (kanan) akan dikekalkan bersama skuad senior dan Pan-gon tidak akan melepaskan bintang JDT itu untuk pasukan B-23 negara.

BEKAS penggempur skuad Harimau Malaya, Safee Sali mengakui keputusan untuk tidak membenarkan pemain bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi bermain bersama skuad bawah 23 (B-23) sebagai langkah yang tepat.

Safee berkata, Arif yang juga Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia musim lalu cukup matang berbanding usianya dan lebih sesuai untuk beraksi bersama skuad senior Harimau Malaya selepas ini.

“Keputusan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang tidak akan melepaskan Arif Aiman untuk pasukan B-23 negara adalah sangat tepat dan saya setuju dengan tindakan itu.

“Walaupun dia masih ada peluang bermain di peringkat umur sebegitu, tapi dengan keyakinan dan corak kematangan, dengan gaya permainan Arif Aiman, dia hanya boleh beraksi untuk skuad senior.

“Memang tahap Arif Aiman memang bukan untuk B-23 kerana dia mampu menyumbang lebih banyak untuk pasukan kebangsaan,” kata bekas pemain kelab JDT itu ketika ditemui di Petaling Jaya kelmarin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerana Zeti banyak “tak tahu”, Mahathir dipanggil Mahkamah.


Kosmo! minggu lalu melaporkan Pan-gon tidak akan melepaskan Arif Aiman bersama skuad B-23 bagi tugasan antarabangsa bermula dengan kejohanan Piala AFF B-23 yang berlangsung di Thailand ketika ini.

Bagaimanapun, pengendali import dari Korea Selatan itu tidak mempunyai masalah untuk mana-mana pemain B-23 selain Arif Aiman yang layak beraksi untuk dipanggil pada kalendar FIFA, September depan.

Ini kerana, skuad kendalian E. Elavarasan itu akan mengharungi kejohanan penting kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Thailand, manakala skuad Harimau Malaya perlu mengharungi aksi persahabatan antarabangsa bertemu China dan Syria di China.

Arif Aiman wajar bersama senior Harimau Malaya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker