Sane cemerlang bantu Bayern benam Inter



BERLIN: Persembahan menakjubkan Leroy Sane membantu Bayern Munich menang 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara di Inter Milan dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan awal pagi tadi.

Sane meledak gol pembukaan pada babak pertama dan hantaran pemain Jerman itu juga menyebabkan pertahanan Inter, Danilo D’Ambrosio menjaringkan gol sendiri pada babak kedua.

Jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann, yang mengkritik skuadnya selepas seri 1-1 di Union Berlin hujung minggu lalu berkata bahawa pasukannya “menunjukkan keinginan” untuk bersaing.

“Tenaga yang ditunjukkan adalah bagus dan keinginan setiap pemain amat bagus,” kata Nagelsmann kepada DAZN.



“Kami menjaringkan gol yang sedikit, tapi kami berhak menang. Kami bermain agak matang, tetapi (perlawanan itu) boleh ditentukan lebih awal.”

Sane memecah kebuntuan pada minit ke-25 apabila dia mengawal hantaran bola jauh daripada Joshua Kimmich dan meledak ke gawang.

“Saya melihat ruang dan tahu mereka berada di atas dan ada ruang. Jo (Kimmich) melihat saya dengan baik, ia adalah bola yang sangat bagus daripadanya,” kata Sane.

“Saya hanya mahu bermain dengan baik, ada perasaan yang bagus dan meninggalkan padang dengan gembira.”

Pertahanan Inter dari Jerman, Robin Gosens berkata: “Kami melepaskan gol hasil hantaran jauh – itulah yang kami sudah bincangkan sebelum perlawanan.”

Inter memulakan babak kedua dengan baik dan hampir menyamakan kedudukan menerusi D’Ambrosio tetapi sepakan pemain itu terkena palang di gawang yang dikawal Manuel Neuer.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker