7 maut ketika mahu alih kereta

Seoul: Tujuh individu maut selepas terperangkap di tempat letak kereta bawah tanah ketika banjir susulan Taufan Hinnamnor di bandar selatan Korea Selatan, Pohang.

BBC News melaporkan, mangsa pergi ke situ untuk mengalihkan kereta, mereka tetapi terperangkap akibat arus deras.

Anggota penyelamat memaklumkan mereka menyelamatkan dua mangsa yang dilaporkan terselamat dengan berpaut pada paip siling selama lebih 12 jam.

Taufan Hinnamnor, ribut terkuat melanda Korea Selatan awal minggu ini.



Pasukan penyelamat terpaksa mengharungi beberapa meter air untuk memasuki ruang bawah tanah yang hampir tenggelam sepenuhnya pada malam Selasa.

Menurut laman berita Yonhap, kesemua sembilan mangsa adalah penghuni sebuah bangunan pangsapuri pada pagi Selasa.

Mereka diberitahu oleh pejabat pengurusan untuk memindahkan kenderaan mereka dari tempat letak kereta.

Mangsa yang terselamat adalah seorang lelaki berusia 30-an dan seorang wanita berusia 50-an dilaporkan berada dalam keadaan stabil.



Presiden Yoon Suk-yeol meluahkan kesedihannya atas insiden lemas yang berlaku dan menyebutnya sebagai bencana

“Saya tidak dapat tidur malam tadi kerana tragedi ini,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker