94 mangsa banjir dijangka pulang hari ini

BALING: Seramai 94 mangsa banjir membabitkan 30 keluarga yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, Kupang dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol AbAziz, berkata cuaca kembali cerah dan keadaan selamat semua mangsa dijangka dibenarkan pulang hari ini.

Beliau berkata, sekiranya Pegawai Daerah Baling, Mohd Shahadan Abdullah mengarahkan PPS ditutup mangsa akan pulang hari ini.

“Malam tadi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Masjid Al-Huda Kampung Hangus, Kupang ditutup sepenuhnya.



“Seramai 34 mangsa daripada enam keluarga di PPS itu dibenarkan pulang malam tadi selepas pemantauan dilakukan dan keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Mohd Faizol berkata, sekiranya hujan lebat di kawasan itu penduduk dinasihat berhati-hati dan sekiranya air naik mereka diarah berpindah segera ke PPS.

“Cuaca yang tidak menentu kita bimbang banjir akan berlaku kerana air sungai melimpah dengan cepat.

“Bagaimanapun tidak ada laporan kecederaan dan kemalangan dilaporkan dalam kejadian banjir kilat Selasa lalu,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker