Beberapa Ahli MT Umno akan digugurkan?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Beberapa Ahli MT Umno akan digugurkan

 

Menjelang 17 September 2022, sudah ada khabar beberapa Ahli MT Umno (Majlis Tertinggi Umno-lantikan) akan digugurkan.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan samada perkara tersebut benar atau sekadar khabar angin bagi menghangatkan suasana politik.

Umno melantik seramai 14 orang sebagai MT Lantikan Umno dan mereka bertanggungjawab mewarnai perjalanan politik Umno.

Pada mesyuarat MKT Umno 27 Ogos lepas, tiada keputusan muktamad diperolehi untuk mendesak pembubaran parlimen disegerakan.

Ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ahli Umno yang mahu MKT Umno bertegas dalam isu tersebut.

Adakah mereka dari kalangan MT Umno masih layak diberikan kedudukan jika tidak berani mempertahankan parti sendiri dari serangan lawan?

Beberapa Ahli MT Umno akan digugurkan

Menilai sikap Ahli MT yang kelihatan tidak selesa dengan kepimpinan tertinggi Umno, adalah wajar jika ‘mereka’ ini digugurkan dari terus sekadar menjadi ‘penumpang’ dalam MKT Umno.

Kepimpinan tertinggi Umno perlu kembali kepada keputusan Perwakilan Umno dalam PAU2020 serta apa yang diputuskan dalam PAU KHAS 2021 dilaksanakan segera.

Bukan hanya menyerahkan segalanya kepada Top5 untuk membuat keputusan yang seperti tiada penghujungnya dan tidak mendatangkan manfaat kepada parti serta ahli.

Apa gunanya Umno menjadi sebahagian daripada Kerajaan Keluarga Malaysia bila Umno sendiri ditekan oleh pihak lawan? 

Artikel Menarik

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker