Indonesia perkenal `tempoh percubaan’ hukuman mati

Indonesia perkenal `tempoh percubaan’ hukuman mati

Indonesia perkenal `tempoh percubaan’ hukuman mati
POLIS Indonesia mengawal pintu masuk ke kawasan penjara Nusakambangan di mana hukuman mati dijalankan. – AFP

MEDAN: Langkah Indonesia memperkenalkan ‘tempoh percubaan’ terhadap hukuman mati yang dijatuhkan kepada banduan menerima reaksi berbeza daripada pelbagai pihak.

Sebelum ini mahkamah Indonesia menjatuhkan hukum mati kepada pesalah yang disabitkan dengan jenayah keganasan, pembunuhan dan pengedaran dadah.

Dalam draf Kanun Jenayah baharu itu, hukuman mati dijadikan sebagai ‘pilihan terakhir’ dengan tempoh percubaan selama 10 tahun ditawarkan kepada banduan.

Selepas tamat tempoh percubaan tersebut, hukuman mati boleh diringankan kepada hukuman penjara seumur hidup jika banduan berkelakuan baik dan memenuhi syarat tertentu.

Menurut draf yang dijangka akan digubal beberapa bulan lagi itu, hakim akan diberi kuasa untuk menggantikan hukuman mati dengan tempoh percubaan tersebut.

Hakim boleh berbuat demikian jika defendan menunjukkan penyesalan, mahu berubah, didapati tidak memainkan peranan besar dalam jenayah yang dilakukan atau terdapat proses mitigasi dalam kes itu.

Ketua Amnesty Indonesia, Usman Hamid yang berkempen untuk menamatkan hukuman mati secara keseluruhan berpendapat, tempoh percubaan tersebut harus diberikan kepada setiap banduan yang dijatuhi hukuman mati jika draf itu dilaksanakan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Konsep hukuman mati sebagai hukuman alternatif adalah tidak konsisten kerana tempoh menunggu bergantung kepada keputusan hakim, sesuatu yang terdedah kepada penyalahgunaan,” katanya.

Hukuman mati percubaan itu turut dilihat akan meletakkan banduan dalam situasi janggal apabila mereka perlu ‘menebus’ nyawa mereka dengan cuba berkelakuan baik selama 10 tahun dan membuktikan diri mereka sudah bertaubat.

“Dalam keadaan sedemikian, bagaimanakah taubat itu boleh dianggap tulen oleh mana-mana piawaian,” jelas Penyelaras Eksekutif Rangkaian Anti-Hukuman Mati Asia berpangkalan di Malaysia, Dobby Chew.

Juru kempen anti-hukuman mati dan wartawan bebas yang berpangkalan di Singapura, Kirsten Han memberitahu portal berita Al Jazeera, rancangan tersebut menarik namun tertanya bagaimana langkah itu akan dilaksanakan.

“Dari perspektif Singapura, ia adalah penambahbaikan apabila hukuman mati harus menjadi pilihan terakhir dan terdapat faktor pengurangan sedangkan apa yang kita ada di sini adalah kematian mandatori.

“Persoalan utama saya ialah bagaimana dan siapa menilai kriteria seperti ‘tingkah laku yang baik’ dan ‘peluang untuk berubah dan insaf itu,” katanya.

Chew juga bersetuju bahawa Indonesia perlu berhati-hati dalam menentukan kriteria atau konteks tempoh percubaan selain mempunyai tanda aras yang objektif dan boleh diukur berhubung dengan persepsi mahu berubah oleh banduan itu.

“Kesan terhadap kesihatan mental banduan dan keluarga berbeza, dengan sesetengah keluarga mungkin musnah atau trauma akibat pemenjaraan dengan sabitan hukuman mati itu.

“Gangguan mental juga akan berlaku kepada banduan apabila hidup mereka seumpama telur dihujung tanduk,” tambah Chew.

Beliau turut bimbang ‘hukuman mati dalam percubaan’ di Indonesia akan menjadi usaha yang gagal dalam menentukan sikap sebenar banduan dan pemberian hukuman yang setimpal.

“Ia bukanlah idea yang buruk, dan boleh disifatkan sebagai satu kemajuan.

“Tetapi konsep dan rangka kerja boleh menjadi sangat bermasalah kerana titik permulaan masih memerlukan seseorang untuk dijatuhkan hukuman mati,” katanya lagi.

Kedah, JDT berentap di suku akhir

Indonesia perkenal `tempoh percubaan’ hukuman mati


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Muslihat Sebenar Negeri Di Bawah PAS Tidak Bubarkan DUN?


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker