Kartunis Zunar Penghasut Baru Malaysia, Mampukah Beliau Mengatasi Rafizi?



 

Kartunis Zunar Penghasut Baru Malaysia, Mampukah Beliau Mengatasi Rafizi?

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sememangnya sinonim dengan gelaran Raja Penghasut.

Malah beliau secara jelas telah mengakui bahawa peranan beliau adalah untuk menghasut rakyat supaya membenci Barisan Nasional dan pemimpin mereka.

Matlamat beliau menghasut rakyat supaya membenci Barisan Nasional bukanlah untuk membawa apa-apa perubahan yang mampu membawa kebaikan.



Tetapi matlamat beliau hanyalah untuk memenangi pilihanraya, itu apa yang beliau akui sendiri.

Kerana itu, apabila Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan selepas PRU 14, tidak ada kebaikan yang mampu mereka bawa kepada rakyat dan negara.

Kini muncul lagi seorang penghasut, kartunis Zunar, cuba ubtuk merampas takhta Rafizi Ramli.

Dalam satu hantaran beliau di akaun Facebook, beliau telah memuatnaik satu video klip berdurasi 59 saat.



Baca di sini:

ttps://fb.watch/fqoKeCCh_tO/

Walau pun dalam hantaran tersebut, Zunar hanya meletakkan ‘no caption’, tetapi tujuan beliau memuatnaik video klip tersebut adalah sangat jelas.

Zunar mahu menimbulkan persepsi bahawa sebenarnya DS Najib walau pun sudah dihukum penjara, tetapi beliau masih bebas berada di luar.



Malah DS Najib masih boleh membuat lawatan ke rumah rakyat marhaen tanpa sebarang kebimbangan.

Matlamat utama Zunar adalah untuk menimbulkan persepsi bahawa kerajaan yang diterajui UMNO/BN telah secara terang menyalahgunakan kuasa.

Dari semakan kami, video tersebut sebenarnya adalah lawatan DS Najib ke salah sebuah rumah milik peneroka Felda Kledang, Ithnin Abdullah.

Video tersebut telah dimuat naik ke akaun ‘datonajibrazakfan’ pada 17 Jun 2022 dan DS Najib dihantar ke Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022.



Lihat di sini:

https://vt.tiktok.com/ZSR51GLvY/

Sangat keji apa yang telah dilakukan oleh Zunar.

Apakah kesalahan yang telah dibuat oleh DS Najib kepada beliau sehingga sanggup memfitnah DS Najib yang kini menjalani hukuman penjara.

 

Kepada Zunar, hayatilah apa yang dikatakan oleh Ustazah Asma Harun.

 

Kartunis Zunar Penghasut Baru Malaysia, Mampukah Beliau Mengatasi Rafizi?

 

Artikel Menarik:

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker