SPRM tahan profesor masukkan wang universiti ke akaun peribadi

SPRM tahan profesor masukkan wang universiti ke akaun peribadi

SPRM tahan profesor masukkan wang universiti ke akaun peribadi
Foto hiasan

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang profesor dari sebuah universiti awam untuk membantu siasatan kes salah guna jawatan berkait sejumlah RM30,000 hasil keuntungan penganjuran satu persidangan antarabangsa anjuran institusi berkenaan.

Sumber memaklumkan, lelaki berusia lingkugan 40-an berkenaan disiasat kerana disyaki memasukkan RM30,000 wang keuntungan hasil persidangan itu ke dalam akaun bank peribadi miliknya pada Ogos 2021.

Profesor gred Jusa C itu yang juga timbalan pengarah sebuah jabatan di universiti terbabit ditahan di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir untuk memberi keterangan sekitar jam 3.30 petang semalam.

SPRM kemudian memohon perintah reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini sebelum Majistret Nur Faizah Abdul Sani membenarkan lelaki berkenaan ditahan lima hari sehingga 6 Mac untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan profesor terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

 

SPRM tahan profesor masukkan wang universiti ke akaun peribadi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Najib akan dapat perbicaraan semula?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker