M DAUD KILAU KINI KRITIKAL – AKIBAT PARU-PARU BERAIR

M DAUD KILAU KINI KRITIKAL – AKIBAT PARU-PARU BERAIR

M DAUD KILAU KINI KRITIKAL - AKIBAT PARU-PARU BERAIR
M Daud Kilau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI), di sini, selepas mengadu sesak nafas, tengah malam tadi. FOTO ihsan keluarga

Teluk Intan: Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 84, dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) di sini, selepas mengadu sesak nafas tengah malam tadi.

Ahmad Zaini, 51, berkata, bapanya dibawa ke HTI pada 12 tengah malam tadi sebelum doktor mengesahkannya dalam keadaan kritikal dan mempunyai masalah paru-paru berair.

Menurutnya, bapanya kini dalam pemantauan doktor dan memerlukan bantuan pernafasan.



“Doktor mengesahkan pada keluarga bahawa Dato (Md Daud Kilau) kritikal (paru paru berair) pada 2 pagi.

“(Ayah) masih memerlukan bantuan pernafasan (dan dalam keadaan) separuh sedar tapi masih kritikal,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Penyanyi lagu malar segar, Sirih Pinang dan Cek Mek Molek itu sebelum ini pernah dimasukkan ke HTI selepas mengadu sesak nafas dan menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang

 

M DAUD KILAU KINI KRITIKAL – AKIBAT PARU-PARU BERAIR

 

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker