Man Utd tumbang di Old Trafford

LONDON: Manchester United mengetuai bola sepak England memberi penghormatan terhadap Ratu Elizabeth II sebelum tewas 1-0 di tangan Real Sociedad dalam aksi Liga Europa.

Pemain United, West Ham dan Arsenal – kelab Liga Perdana yang beraksi dalam kejohanan kedua Eropah itu – semuanya memakai lilitan hitam di lengan selepas kematian Ratu pada usia 96 tahun awal pagi tadi.

Suasana suram menyelubungi Old Trafford dan Stadium London dengan United dan West Ham masing-masing berdiam seminit sebelum sepak mula.



Penyokong West Ham menyanyikan ‘God save the Queen’ ketika kemenangan 3-1 berdepan kelab Romania, FCSB dalam Liga Conference Eropah.

Pengurus United, Erik Ten Hag menggambarkan npenyerang Brazil, Antony sebagai ‘penyambung yang hilang’ buat United selepas menjaringkan gol pada penampilan pertama berdepan Arsenal selepas berpindah dari Ajax.

Namun pemain berusia 22 tahun itu bergelut untuk mendatangkan impak dalam persembahan kurang bertenaga United.

Cristiano Ronaldo membuat penampilan kedua dalam kesebelasan utama United musim ini manakala pemain tengah Brazil, Casemiro diberikan permulaan pertama sejak tiba dari Real Madrid.



Tiada antara mereka dapat mencetuskan kebangkitan buat United, yang menyaksikan tandukan pada minit ke-35 oleh Ronaldo dibatalkan kerana ofsaid.

Sociedad meraih kemenangan pada minit ke-59 apabila pertahanan United, Lisandro Martinez dihukum kerana memegang bola.

Bola berkenaan terkena tangan Martinez selepas melantun dari lutut dan VAR mengesahkannya.

Brais Mendez meledak dari sepakan penalti untuk menewaskan David De Gea.



Selepas menang empat kali berturut-turut dalam aksi Liga Perdana, United tewas buat kali ketiga di baeah pimpinan Ten Hag.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button