PAS  tanding 80 kerusi Parlimen , Berapa baki untuk PPBM?

Oleh Adam Malik

PAS adalah parti berlogo Islam tetapi tiada lansung buat kerja Islam selain berpolitk 24 jam.

PAS juga hebat memberi alasan dan sebab musabab untuk setiap kepincangan nya.

Jika ditanya kenapa masalah air belum selesai dinegeri yang di perintah oleh PAS , maka jawapan nya mudah , PAS akan menyebut nama UMNO sebagai antara sebab dan boleh dikira PAS sudah menjawap.

Jika sesiapa menyoal PAS berlebihan , PAS akan selitkan sedikit hadis atau ayat Quran untuk menambah kuatkan hujah PAS.

Namun hendak menyelesaikan masalah secara pisikal , itu bukan PAS.

Baru2 ini PAS melalui ketua Pilihanraya Pusat Datuk Seri Muhamad Sanusi Muhamad Noh telah memberi andaian bahawa PAS akan bertanding sejumlah 80 kerusi Parlimen seluruh negara.

Kenyataan Sanusi distambah dengan perkiraan bahawa dari seluruh 80 kerusi , PAS berharap memenangi lebih kurang dalam separuh jumlah yang ditandingi yakni 40 kerusi.

Begtulah perkiraan PAS.

Persoalan sekarang , jika PAS sudah bertanding hampir 80 kerusi kerusi majoriti Melayu dari jumlah 140 kerusi Melayu , berapa pula baki untuk ditandingi oleh sekutunya Parti Peribumi Bersatu Malaysia?

Ini bermakna, PAS cuba membolot kerusi selamat yang pengundi majoriti Melayu untuk diri sendiri.

Dengan situasi begini , jelas sekali langkah “go solo” yang diambil oleh UMNO adalah keputusan terbaik seperti diumum oleh Presiden parti Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Jika UMNO masih bertenggek bersama Perikatan Nasional pasti UMNO berada didalam kerugian dan bahaya.

UMNO yang memiliki jumlah keahlian yang  jauh lebih besar dari kedua parti PAS dan PPBM akan terpakaa berkorban banyak kerusi selamat kepada dua parti ini.

Pembahagian kerusi samarata antara UMNO PAS dan PPBM akan membunuh UMNO.

Maka, keputusan untuk menolak gabungan bersama kedua parti ini adalah keputusan yang sangat tepat dari kepimpinan UMNO.

PN juga bermasalah kerana “partner” bukan Melayu mereka iaitu parti “GERAKAN” boleh dikira sebagai sebah parti yang gagal dan tidak berpengaruh berbanding parti bukan Melayu seperti DAP dan MCA.

Maka, keputusan jumlah kerusi yang di sebut oleh Sanusi , kini lebih membuka banyak masalah kepada PN dan patutlah PAS cuba mengintai intai peluang untuk ‘kaw tim” dengan UMNO.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker