PN tidak iktiraf kehebatan Ismail Sabri sebagai PM

Oleh Adam Malik

Apabila Perikatan Nasional yang menjadi tunggak kepada perlantikan  jawatan Perdana Menteri Ismail Sabri memilih untuk mencalonkan Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri , maka , jawapan kepada semua kamelut kedudukan Ismail Sabri sudah terjawap.

Walaupun  jentera kerja dan pasukan media Datuk Seri Ismail Sabri bertungkus lumus mempamirkan pelbagai hasil kerja sebagai Perdana Menteri , namun , disisi Perikatan Nasional Ismail Sabri “Is a nobody” kepada mereka.

Pada konvensyen parti GERAKAN , Presidennya Dominic Lau Hoe Chai didepan para hadirin telah mengumumkan bahawa PN hanya ada satu calon untuk jawatan Perdana Menteri jika menang PRU15 ia itu Muhyiddin Yassn.

Ketetapan itu tidak pula dibantah oleh PAS , sekutu Parti Peribumi Bersatu Malaysia dan juga Gerakan.

Maka, dengan pengumuman ini , dimana pula kedudukan Perdana Menteri Ismail Sabri konon nya mewakili UMNO?

Dikala , akar umbi UMNO sudah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri , maka ini pula yang diumumkan oleh PN.

Adakah Ismail Sabri mendapat ‘double blow” dengan hal ini?

Ditolak oleh sebelah sana dan ditolak oleh sebelah sini, kemana Ismail Sabri hendak tuju?

Sepatutnya DSIS memilih untuk bersama UMNO , tetapi majoriti ahli mendapati tindak tanduk DSIS tidak lansung dianggap bersama ‘crowd’ dalam UMNO , bahkan condong kepada pihak “kluster broker” yang pro PPBM.

Baru2 ini media luar negara yang lebih berani melapor dari media dalam negara , telah menyatakan DSIS dibawah tawanan Mahathir.

Malah dilaporkan parti UMNO menjadi tawanan Mahathir melalui DSIS.

Hatta, semua keputusan berkaitan UMNO tidak memihak kepada UMNO, baik dari segi kes mahkamah mahupun dari hal percepatkan pilihanraya , semua UMNO tidak dapat kerana Mahahir hanya perlu cengkam Ismail Sabri sahaja, kata laporan itu.

Apa pun kita Kembali kepada isu kita berkenaan DSIS, laporan dan tulisan ini berdasarkan fakta dan rumusan dan bukan untuk menyerang sesiapa tetapi bersandarkan apa yang sedang terjadi.

Jika PN sudah tolak DSIS sebagai calon mereka, DSIS mahu jadi calon Perdana Menteri mewakili parti mana?

Dengan reputasi yang sangat tercalar dari kalangan ahli UMNO, Ismail Sabri harus Kembali ke ‘white board’ demi melakar langkah seterusnya.

Jentera yang sentiasa membodek tetapi tidak kalis serangan pihak lawan tentu tidak dapat membantu DSIS, hanya satu sahaja yang mampu bantu selain Allah , iaitu partinya sendiri, tapi parti sendiri pula sedang sangsi dan merajuk , wang dana dan jawatan yang diumpan belum tentu menjamin sokongan apabila tiba waktunya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker