Struktur bangunan runtuh hempap 10 kenderaan

Struktur bangunan runtuh hempap 10 kenderaan

Struktur bangunan runtuh hempap 10 kenderaan
Keadaan struktur rasuk pada bumbung sebuah bangunan komersial lima tingkat yang runtuh dan menghempap 10 kenderaan di Kuchai Lama.

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 10 kenderaan rosak teruk apabila struktur rasuk pada bumbung sebuah bangunan komersial lima tingkat di Jalan Kuchai Lama, di sini runtuh malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.40 malam membabitkan Blok A, Bangunan Sri Desa Kuchai di Kuchai Entreprenuers Park, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pemeriksaan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati tiada mangsa terbabit dalam kejadian ini.

“Sebaik dimaklumkan orang awam mengenai kejadian ini, pihak polis mengambil langkah mengepung dan menutup keseluruhan kawasan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Pada masa sama JBPM yang melakukan pemeriksaan di setiap tingkat mendapati tiada mangsa terbabit,” katanya ketika sidang media di lokasi kejadian sebentar tadi.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerana Zeti banyak “tak tahu”, Mahathir dipanggil Mahkamah.

Struktur bangunan runtuh hempap 10 kenderaan
Anggota polis mengawal kawasan kejadian struktur rasuk pada bumbung sebuah bangunan komersial lima tingkat yang runtuh dan menghempap 10 kenderaan di Kuchai Lama.
Struktur bangunan runtuh hempap 10 kenderaan
Keadaan kenderaan yang dihempap struktur bumbung yang runtuh. – Foto tular

Amihizam berkata, pada masa ini pihak polis dan bomba mengambil langkah menutup bangunan berkenaan daripada sebarang aktiviti sehinggalah pihak berkuasa berkaitan mengesahkan bangunan benar-benar selamat.

“Saya meminta orang ramai untuk menjauhi lokasi kejadian ini selain tidak membuat sebarang spekulasi.

“Pada masa ini pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian memandangkan ia berlaku ketika cuaca baik dan tidak hujan,” katanya.

Dua pegawai dan 10 anggota polis Brickfields serta dua pegawai dan 17 anggota JBPM, selain anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terbabit dalam operasi susulan kejadian ini.

Struktur bangunan runtuh hempap 10 kenderaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker