Putera sulung Ratu Elizabeth II terajui takhta

Putera sulung Ratu Elizabeth II terajui takhta

 

Putera sulung Ratu Elizabeth II terajui takhta, digelar Raja Charles III
Charles dinaikkan takhta sebagai Raja Charles III.

PERDANA Menteri mengesahkan nama rasmi Charles sebagai raja baharu yang dikenali sebagai Raja Charles III.

Bagaimanapun, beliau berhak memilih untuk memerintah di bawah nama yang berbeza dengan nama kelahirannya, seperti yang dilakukan oleh kebanyakan raja dan ratu sebelumnya.

Terdahulu, ketika Perdana Menteri baharu Liz Truss menyampaikan ucapan dari Downing Street, beliau mengesahkan baginda akan digelar ‘Raja Charles III’.



Katanya, hari ini (8 September) Mahkota menyerahkan, seperti yang telah dilakukan selama lebih dari seribu tahun, kepada raja baru kami, ketua negara baru kami, baginda Raja Charles III.

Untuk rekod, Ratu Elizabeth II dilaporkan mangkat di Istana Balmoral pada petang Khamis iaitu ketika usianya 96 tahun.

Tempoh berkabung ditetapkan selama 12 hari bagi membolehkan penghormatan terakhir diberikan.

Baginda ratu merupakan pemerintah paling lama British dengan rekod 70 tahun dan tujuh bulan.



Kematian baginda berlaku dua tahun selepas suami tercinta Putera Philip yang mangkat di Istana Windsor pada usia 99 tahun. – Mirror.co.uk

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun

Putera sulung Ratu Elizabeth II terajui takhta, digelar Raja Charles III


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker