Ratu Elizabeth II Mangkat



Ratu Elizabeth II Mangkat

Ratu Elizabeth II Mangkat

Satu kenyataan rasmi Istana Buckingham telah memaklumkan Ratu Elizabeth II telah mangkat di Balmoral pada usia 96 tahun.

Ratu meninggal dunia secara aman di Balmoral petang ini,” kata Istana Buckingham dalam satu kenyataan pada jam 6.30 petang waktu tempatan.

Pada Khamis, doktor menyuarakan kebimbangan terhadap kesihatan Ratu Elizabeth II dan mengesyorkan beliau diletakkan di bawah pengawasan pasukan perubatan



Dua hari lalu, Ratu Elizabeth II melantik Liz Truss sebagai perdana menteri ke-15 dalam pemerintahannya dan dilihat tersenyum dalam gambar tetapi kelihatan lemah dan menggunakan tongkat.

Satu gambar pertemuan itu mencetuskan kebimbangan apabila terdapat kesan lebam ungu pekat di tangan kanan Ratu Elizabeth II

Anak sulung daripada empat anaknya, Charles iaitu Putera Wales, yang berusia 73 tahun adalah pewaris tertua dalam sejarah British, menjadi raja serta-merta.

Raja dan Permaisuri akan kekal di Balmoral petang ini dan akan kembali ke London esok.



Serentak pengumuman ini, bendera di United Kingdom dan seluruh Komanwel diturunkan separuh tiang.

Sementara semua jadual siaran televisyen dan radio dikemas kini, bagi menghormati kemangkatan baginda.

Baginda telah menduduki takhta selama 70 tahun.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker