2 Kali Menjadi Perdana Menteri, Nasib Pesawah Kubang Pasu Tetap Tidak Terbela

2 Kali Menjadi Perdana Menteri, Nasib Pesawah Kubang Pasu Tetap Tidak Terbela

2 Kali Menjadi Perdana Menteri, Nasib Pesawah Kubang Pasu Tetap Tidak Terbela

Dr Mahathir sekali lagi secara aktif merancang untuk menggulingkan satu lagi kerajaan yang beliau dakwa kononnya gagal membela nasib rakyat.

Dr Mahathir bertemu Isham Jalil beberapa minggu lalu dan berkemungkinan telah merekrutnya ke dalam kumpulannya.

Ianya menjadi rahsia umum apabila tular gambar Isham bersama pengikutnya Khairuddin Abu Hasan.



Malah, Isham sendiri mengaku itu bukanlah kali pertama beliau bertemu dengan Khairuddin Abu Hassan.

Kritikan Isham terhadap UMNO adalah senada dengan Dr Mahathir dan pemimpin PAS tertentu.

Bagaimanapun, orang yang menjadi perantara antara dia dan Dr Mahathir adalah orang lain.

Perkembangan terkini, Isham cuba memberi gambaran DS Najib bekerjasama dengan Dr Mahathir, tetapi itu secara afirmatif terbukti tidak benar dan bercanggah.



Dr Mahathir juga menipu dengan dakwaan DS Najib terlibat dalam Langkah Sheraton untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpinnya.

Beliau berkata begitu dalam temu bual The Star pada Oktober tahun lalu ketika menjelang PRU15 pada November 2023.

Dalam temu bual itu, beliau mendakwa DS Najib dan Pakatan Harapan mengabaikan orang Melayu.

Selepas itu, Dr Mahathir cuba mengubah identiti sebenar beliau sebagai kapitalis dan liberalis untuk kembali menjadi ultra keris Melayu.



Ramai yang terpedaya dengan penipuan Dr Mahathir.

Penindasan Dr Mahathir Terhadap Orang Melayu Ketika Beliau Berkuasa

Sebelum menyelami retorik Dr Mahathir, lihat dan nilaikan fakta yang terbentang di hadapan mata.

Apa yang telah beliau lakukan untuk kesejahteraan orang Melayu sejak menyertai pilihan raya umum 1969?

Pendapatan pesawah di kawasan parlimen beliau, Kubang Pasu jauh lebih rendah dari pendapatan yang diperolehi oleh pekerja asing.



Pesawah di Kubang Pasu hanya memperolehi pendapatan sekitar RM600 sebulan berbanding pekerja asing yang memperolehi RM1,500 sebulan!!!

Fakta ini terdapat dalam Lapuran Ketua Audit Negara

22 tahun + 22 bulan menjadi perdana menteri, tidak ada apa yang Dr Mahathir lakukan untuk orag Melayu.

Beliau hanya tahu membangunkan projek-projek mega yang hanya memberikan keuntungan langsung kepada kroni dan keluarga beliau dengan berselindung di sebalik projek untuk rakyat.



Semaklah fakta mengenai projek-projek mega di era Dr Mahathir.

Siapa yang mendapat keuntungan berbilion ringgit dalam projek Putrajaya, projek Menara Berkembar Petrona, Proton dan banyak lagi?

Apa munafaat yang pesawah, petani dan penoreh getah serta masyarakat Melayu dapat dari projek tersebut?

Apakah kita sudah lupa bagaimana peneroka Felda meninggalkan majlis sambutan Hari Felda Kebangsaan sebaik sahaja Dr Mahathir berucap?



Cuba cari jawapan, mengapa?

Penulis tidak hairan kalau Dr Mahathir terus menipu, tetapi penulis merasa sangat hairan melihat masih ada yang percaya dengan penipuan Dr Mahatir.

 

2 Kali Menjadi Perdana Menteri, Nasib Pesawah Kubang Pasu Tetap Tidak Terbela

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button