SPRM wajar siasat pemilik Porsche



Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


SPRM wajar siasat pemilik Porsche
Gambar Hiasan Model Porsche 911 GT RS

 

Pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) wajar menyiasat mengenai satu pendedahan kejadian kemalangan melibatkan sebuah Porsche oleh seorang facebooker.

Dalam penulisan Rafi merujuk kepada laporan Malaysia Sentinel yang melaporkan kejadian kemalangan melibatkan sebuah kenderaan ‘sport’ bernilai RM1.77 juta.

 

 

Rafi kemudiannya menafikan kenderaan tersebut milik seorang Senator seperti didakwa sebaliknya menyatakan ia milik sebuah koperasi dikenali sebagai Koperasi Suara Anak Muda Selangor Berhad.



 

Jika benar kenderaan tersebut milik koperasi, adakah pembeliannya diluluskan Lembaga Pengarah Koperasi dan apakah tujuan sebuah kenderaan mewah itu dibeli?

Adakah ada pihak audit bertauliah mengesahkan kenderaan tersebut milik koperasi? Mungkin pihak koperasi ada menyimpan data kegunaan kenderaan serta kos selenggara sepanjang dimiliki koperasi.

 

Lebih menimbulkan spekulasi ramai, kenderaan tersebut dibeli secara ansuran atau tunai? Sekiranya secara ansuran, berapa pula pendapatan tahunan koperasi tersebut untuk melayakkan pembelian kenderaan bernilai RM1.77 juta?

Pelbagai andaian telah berlegar dalam media sosial mengenai hal ini dan sewajarnya pemilik atau koperasi tersebut tampil bagi menjelaskan perkara sebenar.



Ini kerana kenderaan tersebut telah menyebabkan sebuah parti terpalit dengan isu pemilikan kenderaan mewah dan parti itu juga dikatakan menjadi ‘lubuk’ mencuci wang oleh sesetengah pihak.

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker