Rina Harun jadi ‘Patung Chendana’ isu Kg Sungai Baru

 

Propaganda menipu parti PAN berhubung Kampung Baharu dan Najib.

NOMBOR 1: “Tanah Kampung Baharu” yang dikatakan dipaksa beli dengan harga RM400 satu kaki persegi itu BUKAN tanah dan BUKAN Kampung Baharu.

Harga itu ialah untuk penghuni flat PKNS.

Yang menjadi isu ialah penghuni Kampung SUNGAI Baru – bukan Kampung Baru walaupun berhampiran.

Kampung Sungai Baru tidak berstatus “Pertanian Melayu Kampong Bharu (MAS)”.

Di bawah MAS, pemilik dikenakan syarat atau halangan, iaitu hanya boleh menjualnya kepada pembeli Melayu.

Kampung Sungai baru berstatus persendirian atau pajakan 99 tahun.

 



Ini berbeza dengan status tanah Kampung Baru yang mengandungi tujuh perkampungan lain, iaitu Kampung Hujung Pasir, Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Paya, Kampung Kariah A, Kampung Kariah B serta Kampung Pindah yang ditadbir oleh Malay Agricultural Settlement (MAS).

Kampung Sungai Baru ini dah lama diintai broker sejak zaman PH lagi.

Lid kenal tak broker-broker tersebut?

“27 Nov 2019: Kampung Sungai Baru ‘diintai’ broker”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/632522/kampung-sungai-baru-diintai-broker

NOMBOR 2: Arahan untuk mengambil tanah tersebut di bawah Akta pengambilan tanah diwartakan pada 21 Jun 2021 dengan mengunakan kuasa penuh darurat.

Masa itu tiada parlimen dan kita bawah perintah darurat. Bulan Jun itu pun bawah Total Lockdown PM8 (yang tak total sangat).

Berita pengambilan tanah tersebut juga tidak diumumkan kerajaan masa itu.

Jadi, kenapa pula salah Najib sekiranya kerajaan PN gunakan kuasa penuh Darurat untuk ambil tanah secara senyap-senyap pada ketika Total Lockdown?

Ahli Parlimen kat sana dari PPBM yang juga seorang menteri pun tak pernah bantah.

Saya juga bukan Menteri Kewangan Menteri Wilayah, Menteri Undang-undang pada ketika itu dan saya tidak dimaklumkan tentang perkara dan warta masa ianya dibuat pun.

NOMBOR 3: Najib tak pernah kata harga tanah Kampung Baharu adalah RM3,000 satu kaki persegi.

Tapi Najib pernah kata harga tanah sebanyak RM850 satu kaki persegi yang mula ditawarkan masa itu adalah rendah sedangkan tanah di KLCC yang berdekatan sudah RM3,000 satu kaki persegi.

(Kampung Baharu bukanlah KLCC, ya)

Jadi, harga RM850 satu kaki persegi itu patut dinaikkan oleh kerajaan PH.

Adakah ianya salah bagi saya untuk tuntut harga yang lebih tinggi bagi penghuni Kampung Baharu?

Dan ianya berkesan apabila kerajaan PH kemudiannya tambah RM150 ke RM1,000 per kaki persegi.

Jadi, mereka yang tersalah lokasi, salah timing dan salah info hanya untuk kenakan saya, sila lah henti fitnah.

Selain geng PAN-PH, satu lagi yang tersalah lokasi, salah timing dan salah info ialah anak muda ini.

“Mukhriz bidas pemimpin UMNO membisu dalam isu tanah Kampung Baru”
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/mukhriz-bidas-pemimpin-umno-membisu-dalam-isu-tanah-kampung-baru/

Pun begitu, Ahli Parlimen Titiwangsa, Menteri WP kini dan kerajaan hari ini ada tanggung jawab untuk memastikan tawaran yang paling baik diberi kepada penghuni Kampung Sungai Baru yang terbabit tanpa bergantung kepada Akta Pengambilan Tanah untuk ambil secara paksa.

Petikan dari facebook Najib Razak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker