Walau Sembunyi belakang GTA , Rakyat tetap tolak PEJUANG dan Mahathir

Oleh Adam Malik

Pertengkaran terbaru antara Parti PEJUANG dengan Parti Keadilan Rakyat masih hangat.

Timbalan Presiden PEJUANG Datuk Marzuki Yahya masih belum berpuasa hati apabila partinya ditempelak oleh Nurul Izzah Anwar atas sebab kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan adalah akibat perbuatan dan Tindakan Tun Mahathir yang engkar janji menyerah jawatan kepada ayahnya Anwar Ibrahim selepas dua tahun.

Izzah dalam kenyataan nya memberi sebab kejatuhan kerajaan PH  adalah sebab Tun Mahathir tidak merujuk kepada Presidential Council terlebih dulu lalu terus menyerah jawatan Perdana Menteri kepada Istana.



Datuk Marzuki pula cuba mengalih kesalahan kepada Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan menyebut “Langkah Sheraton – Sheraton Move” sebagai sebab kejatuhan kerajaan PH.

Namun , apapun pendapat dan alasan yang diberi oleh Marzuki, ia tidak merubah keadaan  dan dipercayai Parti PEJUANG akan terus ditolak oleh rakyat berdasarkan ia dipimpin oleh Tun Mahathir.

Rakyat sudah pun mengenali tindak tanduk dan perbuatan Tun Mahathir.

Pada PRN Melaka , Tun Mahathir dan PEJUANG tidak berani bertanding , namun pada PRN Johor telah meletak kan 42 calon tetapi telah tewas kepada semua tempat yang PEJUANG tandingi.



Selain kalah , PEJUANG hilang deposit disemua kawasan.

Ini kerana jenama “Mahathir” sudah tidak lagi dipercayai.

Maka , apa pun jenama  yang Mahathir cuba sembunyi dibelakang seperti Gerakan Tanah Air, ia tetap akan ditolak oleh rakyat.

Marzuki tidak perlu susah payah untuk menyucikan nama Mahathir, umum ketahui dia telah menipu janji kepada Pakatan Harapan yang memberi jawatan Perdana Menteri kepadanya  walaupun sebagai parti minoriti.

Mahathir juga menipu janji manifesto dan jumlah hutang negara.

Mahathir , sebenarnya sudah menjadi liabiliti kepada mana2 gabungan cuma bezanya dia enggan menerima hakikat tambah lagi dibantu oleh pentaksub.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker