Wanita Racun Pelajar Sebab Cemburu Lagi Bijak Dalam Akademik

Seorang wanita di India dipercayai meletakkan racun ke dalam minuman rakan sekelas anaknya gara-gara cemburu terhadap pencapaian akademik mangsa yang mendapat keputusan lebih cemerlang.

Menerusi laporan Oddity Central, mangsa berusia 13 tahun disahkan meninggal dunia selepas diracun oleh suspek pada Jumaat lepas di bandar Karaikal. Suspek berusia 42 tahun itu menyerahkan botol minuman ringan kepada seorang pengawal sekolah untuk diserahkan kepada mangsa ketika acara tahunan sekolah.

Selepas pulang ke rumah, mangsa dikatakan mengadu berasa sakit kepada ibunya selepas meminum air berkenaan. Malah, remaja terbabit turut mengalami muntah sebelum mangsa dibawa ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa kemudiannya dibenarkan pulang, namun kesihatannya semakin merosot dan dimasukkan semula ke hospital. Walau bagaimanapun, pada keesokan harinya remaja terbabit disahkan meninggal dunia.

Ibu mangsa ‘check’ CCTV

Susulan daripada itu, ibunya meminta pihak sekolah untuk memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek telah meletakkan sesuatu ke dalam botol minuman sebelum diserahkan kepada pengawal sekolah berkenaan.

Suspek yang merupakan ibu kepada salah seorang rakan sekelah mangsa dikatakan pernah bertengkar dengan ibu mangsa disebabkan persaingan dalam akademik. Dia membuat keputusan untuk melakukan perkara yang tidak baik itu supaya pelajar berkenaan tidak diraikan dan mahu memastikan anak perempuannya menjadi perhatian ramai ketika majlis tahunan sekolah.

Akhirnya, suspek mengaku bahawa dia telah memasukkan pil julap bagi memastikan mangsa mengalami cirit-birit, namun hasil bedah siasat menemui kesan racun pada badan mangsa. Sementara itu, wanita berkenaan dilaporkan sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Oddity Central

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker