Apa jadi dengan teori “Najib” turun, ringgit naik?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Apa jadi dengan teori "Najib" turun, ringgit naik?

 

Apa jadi dengan teori “Najib turun, ringgit naik” yang sering digunapakai pihak pembangkang?

Semalam, Ringgit Malaysia mencatat penurunan terendah dalam sejarah tukaran matawang berbanding Dollar Amerika. Kadar tukaran yang mengejutkan USD1 berbanding RM4.72 dilihat boleh menjejaskan ekonomi Malaysia.

Tun Dr Mahathir Mohamad yakin penyusutan nilai Ringgit yang dihadapi Malaysia pada masa ini mempunyai kaitan dengan prestasi pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat berkenaan sekali lagi menggesa Najib berundur daripada kedudukannya demi memulihkan ekonomi Malaysia. 

“Saya nak lihat Najib letak jawatan. Kalau Najib turun, nilai mata wang akan naik sekelip mata,” katanya di sini, Sabtu. – Tun Mahathir

Seorang aktivis media, dikenali sebagai Pak Din, membuat perbandingan matawang Ringgit Malaysia dengan beberapa negara asing.



Beliau turut merumuskan Malaysia akan mengalami masalah ekonomi paling teruk berbanding sebelum PRU14.

Apa jadi dengan teori "Najib" turun, ringgit naik?

Apa tindakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam hal ini? Adakah Kabinet Keluarga Malaysia hanya akan ‘berserah’ kepada keadaan?

Cukup bersediakah Malaysia untuk berdepan krisis kewangan yang melanda? 

Dikhuatiri jika tiada sebarang tindakan segera dilakukan, tidak mustahil apa yang telah menimpa Greece boleh berlaku terhadap Malaysia.



Bertabahlah rakyat Malaysia semua.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker