Dr Puad Zarkashi jelaskan sebab2 kenapa PKR takut pilihanraya tahun ini.

Oleh Adam Malik.

Selain penjelasan Dr Puad Zarkashi berkenaan kenapa PKR dan Pakatan Harapan sangat takut kepada PRU15 diadakan pada tahun ini ,seperti dibawah, kami di My-Tv.online juga ada sumber dan maklumat lain yang kami jelaskan selepas kenyataan Dr Puad dibawah ini.

 

KENAPA PKR TAKUT PRU TAHUN INI

Mohd Puad Zarkashi

PKR paling takut kalau PRU buat tahun ini. PKR masih kelam kabut, belum bersedia dan mula bimbang jika keputusan pemilihan parti itu baru baru ini diistiharkan “null and void”.

Banjir dijadikan alasan. Ketua Penerangannya Fahmi Fadzil kata lebih baik dana PRU RM 1B itu digunakan untuk bantu mangsa banjir.

Logik apa yang Fahmi pakai. Kalau tahun hadapan belanjanya tetap RM 1B. Tahun ini atau tahun hadapan sudah tentu bajet untuk PRU sudah diluluskan.

Sudah tentu juga ada bajet kecemasan untuk bencana alam. Kerajaan yang cekap tahu bagaimana mengurus bencana banjir.

Jangan jadi macam kerajaan PH Pulau Pinang tahun 2017. Guan Eng menangis telefon Zahid Hamidi (TPM) jam 3 pagi kerana berlaku banjir luar biasa di Pulau Pinang.

Maka penjelasan Dr Puad kami tambah lagi dengan PH dan PN risau banyak perkara lagi seperti perbelanjaan wang rakyat Ketika PKP dilaksanakan dan mereka memerlukan masa untuk halang kemaraan Barisan Nasional.

Walaupun PN , PH dan GTA seolah olah bukan satu kepal , namun mereka ada ‘common interest’ untuk menghalang kemaraan BN demi menutup penyelewengan mereka selama 22 bulan dan 17 bulan.

Perdana Menteri hari ini datang dari UMNJO tetapi telah memeterai perjanjian sulit , maka pembongkaran tidak mungkin akan terjadi.

Maka, untuk mengetahui penyelewengan kerajaan  PN dan PH ia memerlukan kerajaan tulin BN selepas PRU15.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker