Jika tidak tercalon, adakah akan berlaku sabotaj?

Oleh – Bakhtiar Omar


Jika tidak tercalon, adakah akan berlaku sabotaj?

 



Seringkali kita semua mendengar sabotaj dilakukan oleh ahli politik apabila tidak tercalon sebagai wakil rakyat setiap kali berlangsungnya Pilihanraya Umum.

Mengapa perkara sebegini boleh berlaku dalam kancah politik?

Semua ini hanyalah kerana ingin terus menikmati keistimewaan yang diperuntukkan kepada wakil rakyat samada DUN mahupun Parlimen.

Adakala sabotaj bukan sahaja dilakukan ahli politik tetapi turut dilakukan oleh penyokong kerana tidak dapat menerima hakikat individu yang disokong tidak lagi mendapat kepercayaan parti.



Menoleh sebentar kenyataan Nazri Aziz, sememangnya wujud “dendam” jika seseorang itu tidak tercalon kerana telah selesa di jawatan mereka.

Jika tidak tercalon, adakah akan berlaku sabotaj?

“Biarlah mereka nak kata apa pun kerana pilihan raya semakin dekat, dan mereka ini orang yang kecewa. Jika awak sudah jadi menteri lebih daripada sepuluh tahun, dan tiba-tiba anda tidak dicalonkan semula, dendam itu terbawa-bawa walaupun tidak tercalon pada pilihan raya yang lepas.

“Memang jelas, mereka menyimpan dendam kepada kepimpinan masa kini, jadi biarlah dia meroyan,” – Nazri Aziz – 14 Mac 2018



Umno/BN perlu memandang perbuatan sabotaj ini dengan serius kerana ia akan menjejas peluang parti itu untuk berdepan PRU15 kelak.

Pemilihan calon untuk dikemukakan kepada pengundi perlu diteliti sebaik mungkin bagi mengelakkan konflik di kemudian hari.

Mereka yang berlaku khianat terhadap parti juga tidak perlu dicalonkan lagi memandangkan kesetiaan bukan kepada parti tetapi berpaksikan ‘siapa lebih berkuasa’.

Jika tidak tercalon, adakah akan berlaku sabotaj?



Sekiranya ada kalangan Menteri (Umno) yang tidak disenaraikan menjadi calon pada PRU15, potensi mereka melakukan sabotaj terhadap muka baru juga perlu dipertimbangkan.

Jika perlu tindakan diambil, maka pecat sahaja mereka yang melakukan sabotaj kerana ramai lagi pemimpin mempunyai potensi dipilih rakyat.

Umno perlu direjunivasikan dan proses ini bukan sesuatu yang mudah dilakukan tetapi perlu dilaksanakan demi survival Umno/BN itu sendiri.

Mereka yang tidak tercalon tidak perlu berasa sedih kerana peluang telah diberikan selama ini. Jika prestasi mereka hanya mendatar, apa gunanya mahu dicalonkan lagi sekiranya hanya mendatangkan mudarat kepada parti?



 

Penafian – Penulis merupakan seorang penulis bebas dan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak ada kaitan dengan pihak MyTvOnline

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button