BBNU memancing dapat udang galah 3kg saiz A

Oleh – Syeikh Baran


BBNU memancing dapat udang galah 3kg saiz A
SEORANG pemancing menunjukkan hasil diperolehi selepas sehari memancing udang galah di Sungai Kahang, Kluang semalam.

Pemancing udang galah bagaikan berpesta di Sungai Kahang selepas setiap seorang yang turun memancing membawa pulangan lumayan sejak seminggu lalu.

Walaupun dikategorikan sebagai baru belajar meman­cing masih tetap membawa pulang sekurang-kurangnya 3 kilogram udang galah bersaiz A hanya dalam tempoh beberapa jam memancing.

Pemilik Jeti Lubuk Pungkur, Osman Manap, 55, berkata, sebaik air sungai mulai surut pada 4 Februari lepas, setiap hari sekurang-kurangnya 20 pemancing dari jeti itu akan turun dan masing-masing membawa pulang tangkapan lumayan.

Katanya, keadaan ini membuatkan bot yang disediakan untuk pemancing tidak mencukupi termasuk di beberapa pengkalan lain seperti di Kolin, Jarut, Tanah Abang dan Loji.



“Jika dikira secara keseluruhan lima jeti di Sungai Kahang, pemancing yang memancing dalam sehari tidak kurang daripada 100 orang.

“Jumlah ini akan bertambah lagi apabila cuti hujung minggu yang mana kebanyakan pemancing akan memancing selama dua hari bagi memboleh­kan mereka membawa hasil sekurang-kurangnya 10 kilogram,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, seorang pemancing yang hanya mahu dikenali sebagai Daus, 35, berkata, peluang cuti Tahun Baharu Cina digunakan sepenuhnya untuk turun meman­cing selepas melihat hasil diperolehi pemancing lain.

Ujarnya, walaupun jarang turun memancing akibat kekangan tugas, namun tetap tidak menghampakan malah mampu memberikan pulangan lumayan kepada sesiapa sahaja yang mencuba nasib di Sungai Kahang ini.



“Tidak tahu sampai bila keadaan ini akan berlaku namun ia bagai fenomena pelik kerana setiap ekor udang galah yang dinaikan hampir semua bersaiz A,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker