Elly Mazlein Tarik Diri Dari Gegar Vaganza

Netizen Syak Kini Peserta Rancangan Famili Duo?

Elly Mazlein Tarik Diri Dari Gegar Vaganza

Elly Mazlein Tarik Diri Dari Gegar Vaganza
Elly Mazlein Tarik Diri Dari Gegar Vaganza

Sebelum ini, pengacara All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Elly Mazlein telah menarik diri daripada mengacarakan program realiti itu atas faktor peribadi.

Elly Mazlein Tarik Diri

Elly Mazlein Tarik Diri Dari Gegar Vaganza
via Astro

Menurut HMetro, perkara itu disahkan Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad yang menghormati keputusan pengacara itu.

Tiada lagi Kak Lina atau Elly Mazlein dalam ASGV. Selepas memberi pertimbangan secara teliti, dengan rasa berat hati Astro ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program ASGV atas hal peribadi.

Pihak Astro juga turut merasakan sedih dengan ketiadaan Elly Mazlein malah menghormati keputusan yang telah dibuat olehnya.



Walaupun berasa sedih, pihak Astro menghormati keputusan terbabit. Pihak Astro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang terbabit program itu.

Dalam pada itu, Elly turut mengesahkan perkara itu dan memohon maaf kerana tidak dapat mengacarakan program itu.

Kak Lina mohon maaf kerana tidak dapat mengacarakan ASGV atas sebab-sebab peribadi. Kak Lina ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong.

Elly Dan Suami Peserta Famili Duo?

Elly Mazlein Tarik Diri Dari Gegar Vaganza
via Instagram TV3 Official

Terbaru, satu perkongsian di Tiktok milik aziemajim11, pengguna tiktok tersebut ada mendedahkan bahawa Elly Mazlein tidak terlibat dalam ASGV disebabkan oleh Elly yang akan menyertai program Family Duo anjuran TV3.

Jika dilihat, gambar yang terpapar pada poster Famili Duo menunjukkan hampir sama dengan gambar pernikahan Elly dan suaminya.

Diruangan komen, ramai yang bersetuju dengan apa yang dikongsikan, malah ada juga pihak yang tidak sabar untuk melihat duet Elly dan suami sekiranya mereka merupakan salah seorang daripada peserta program tersebut.



Elly Mazlein Tarik Diri Dari Gegar Vaganza

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker