Kes culik di pusat tuisyen palsu

JOHOR BAHRU: Polis Johor menafikan mesej yang tular di aplikasi WhatApps berhubung penculikan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di sebuah Pusat Tuisyen di Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata siasatan lanjut mendapati kanak-kanak terbabit berada di rumah bersama bapanya.

“Hasil semakan dibuat mengesahkan mesej yang ditularkan itu adalah palsu. Tiada sebarang laporan polis yang dibuat berkaitan kes culik itu.

“Perbuatan menyebarkan dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.



Polis Johor mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menyebarkan berita yang tidak sah dan menggunakan maklumat palsu melalui media sosial kerana ia boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Sebelum ini, tular mesej yang memaparkan tulis Mandarin dan Inggeris berhubung penculikan kanak-kanak pada 7 September lalu di sebuah pusat tuisyen di Johor Bahru dan laporan polis kononnya dibuat pada hari yang sama.

Mesej itu turut mendakwa melihat seorang wanita bercakap dan membawa kanak-kanak terbabit masuk ke dalam sebuah kereta.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker