KKM naik taraf hospital di Sabah dan Sarawak

Khairy akan bertanding di Parlimen Seremban?

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan (KKM) menumpukan usaha menaik taraf kemudahan kesihatan dan hospital pakar di Sabah dan Sarawak.

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata perancangan itu seiring dengan matlamat Pembangunan Kertas Putih Kesihatan yang memberi penekanan kepada ancaman sekuriti kesihatan di negara ini.

Khairy berkata, pihaknya mensasarkan sebanyak empat hospital pakar di Sabah dan Sarawak untuk dijadikan setara dengan hospital negeri.

Beliau berkata, antara hospital pakar di Sabah yang disasarkan untuk ditambah bilangan kepakaran ialah Hospital Queen Elizabeth, Hospital Duchess of Kent Sandakan dan Hospital Tawau di Sabah, manakala di Sarawak pula Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu dan Hospital Miri.

Selain itu, katanya, sebanyak enam hospital bukan pakar juga disasarkan untuk dinaik taraf kepada hospital pakar minor membabitkan tiga hospital di Sabah iaitu Hospital Kota Marudu, Hospital Beaufort dan Hospital Tuaran

Di Sarawak, beliau berkata, Hospital Serian, Hospital Mukah dan Hospital Lawas dengan sasaran 10 pakar di setiap hospital.

Khairy berkata, KKM juga mensasarkan sebuah klinik kesihatan menyeluruh membabitkan perkhidmatan radiologi, rehabilitasi, pergigian dan pakar perubatan keluarga dibina di 14 daerah di Sabah dan 16 daerah di Sarawak.

Bagi pembinaan klinik kesihatan menyeluruh, beliau berkata, anggaran dana diperlukan ialah RM1.5 bilion bagi membina 30 buah klinik kesihatan di daerah yang tidak mempunyai fasiliti terbabit.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Sesi Dialog Awam Pembangunan Kertas Putih Kesihatan bertempat di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Shahelmy Yahya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Rose Nani Mudin.

Dalam pada itu, Khairy berkata, KKM mensasarkan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan kepada pegawai kelahiran Sabah seramai 45 orang dan Sarawak seramai 70 orang menjelang tahun hadapan.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker