Ramai menanti Zeti datang Mahkamah sebagai saksi

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Ramai menanti Zeti datang Mahkamah sebagai saksi

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Aziz kini merupakan individu yang paling dinanti kehadirannya ke Mahkamah.

Ini bagi membolehkan beliau menjadi saksi utama kes 1MDB sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini.

Mengapa agak sukar untuk Mahkamah memanggil Zeti hadir untuk memberi keterangan kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak?

November lepas, Zeti memberi alasan sakit dan mempunyai sijil cuti untuk tidak hadir ke Mahkamah. Bagaimanapun, sehingga artikel ini diterbitkan, Zeti masih berjaya mengelakkan diri dari menghadiri prosiding Mahkamah berkaitan kes 1MDB.

Sebenarnya siapa yang mempunyai kuasa sedemikian besar sehingga mampu menghalang saksi utama dari hadir ke Mahkamah?

Ramai menanti Zeti datang Mahkamah sebagai saksi

Persepsi yang kurang elok semakin kedengaran bila melibatkan sistem Kehakiman yang dilihat ‘takut’ dengan individu bernama Zeti Aziz.

Is it true that Zeti’s husband received RM700 million from 1MDB but Singapore only returned RM65 million? Where is the remaining RM635 million?

That is the question that needs to be answered by Zeti and her husband when the MACC revealed many things related to 1MDB. – MANA BAKI RM700 JUTA?

Sampai bila Zeti boleh mengelak dari hadir untuk memberi keterangan kes 1MDB? Sewajarnya, jika saksi utama tidak hadir juga ke Mahkamah, kes mungkin sudah boleh digugurkan oleh Hakim kerana menimbulkan keraguan dan mencacatkan fakta kes.

Peguam Negara perlu menunjukkan komitmen yang tinggi dalam hal ini kerana membabitkan sistem perundangan negara. 

Netizen sudah muak dengan alasan sakit yang dikemukakan Zeti Aziz setiap kali prosiding melibatkan kehadirannya di Mahkamah.

Seolah, sijil cuti sakit beliau terpakai berbulan sedangkan dalam masa asama, Zeti boleh muncul di program lain tanpa menunjukkan sebarang kesakitan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker