Nor Masitah bangkit selepas bercerai

GUA MUSANG: Bekerja 12 jam setiap hari di sebuah kedai runcit sudah menjadi rutin seorang ibu tunggal dari Kampung Jerek, di sini demi membesarkan lima anak selepas bercerai, sejak setahun lalu.

Nor Masitah Mohd Salleh, 32, menggalas tanggungjawab membesarkan lima anak berusia antara empat hingga 11 tahun dengan upah RM30 sehari, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam bagi menampung perbelanjaan harian,

Katanya, dia perlu bangkit daripada kegagalan rumah tangga akibat perceraian dan hidupnya berubah sekelip mata, namun tidak mahu terus mengenang kisah sedih demi anak-anak.

“Sebelum ini, kekuatan saya ialah suami. Namun kini, saya perlu bangkit dan cekal. Awalnya semuanya terlalu sukar, tetapi saya perlu kuat demi anak. Bagi mencukupkan keperluan saya perlu bekerja untuk menyara keluarga,” katanya ditemui di kediamannya, di sini.

Katanya, walaupun menerima bantuan ibu tunggal daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM800 sebulan, jumlah itu hanya cukup untuk menampung duit sewa rumah dan perbelanjaan sekolah anak.

“Duit bantuan JKM setiap bulan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban. Setiap bulan saya perlu membayar RM200 untuk sewa rumah.

“Anak semakin membesar dan perbelanjaan juga meningkat, jadi saya perlu bekerja,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker