Sebarang Keputusan UMNO Akan Melalui MKT, Biro Politik

KUALA NERANG – Sebarang ketetapan yang diputuskan UMNO termasuk berkaitan kerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN), perlu melalui Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebarang perkara berbangkit akan melalui proses mengikut struktur dalam parti itu untuk diputuskan.

β€œDia parti (UMNO), ini semua keputusan parti (perlu) melalui proses struktur dalam parti, dalam parti ada MKT, sebelum MKT itu ada Biro Politik dan Majlis Tertinggi akan buat sebarang keputusan tentang apa jua keputusan berkaitan parti, keputusan (mengenai kerjasama Pas itu).

β€œ(Saya rasa akan) dibuat Majlis Tertinggi, dalam masa terdekat, (mengenai tarikh PRU15), (Top-5 UMNO) belum (lagi bincang).”



Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek Kompleks Ternakan Ayam FELCRA di Kampung Kubang Palas, di sini hari ini.

Jelas Mahdzir, perbincangan mengenai kerjasama parti itu dengan Pas juga akan diadakan dalam masa terdekat namun tarikh perbincangan itu masih belum diputuskan.

Tambahnya, β€˜Top 5’ UMNO yang melibatkan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden juga masih belum mengadakan perbincangan mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata, cadangan agar perbincangan dijalankan di antara UMNO dan Pas mengenai 27 kerusi kritikal menjelang PRU15 akan datang perlu diberi perhatian.



Beliau yang juga Naib Presiden UMNO, menjelaskan, cadangan terbabit perlu diperhalusi dan dibincang secara rasmi oleh UMNO.

Sebarang keputusan katanya, hanya akan dibuat oleh Mesyuarat MKT UMNO jika mereka bersetuju.

UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker