Semua aksi EPL ditangguhkan

LONDON: Semua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini ditunda sebagai memberi penghormatan susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Keputusan itu diambil biarpun kerajaan Britain tidak mewajibkan acara sukan dibatalkan dalam tempoh berkabung.

“Pada mesyuarat pagi ini, kelab Liga Perdana Inggeris memberikan penghormatan kepada Ratu Elizabeth II.



“Bagi menghargai jasa dan sumbangannya kepada negara dan sebagai tanda penghormatan, perlawanan EPL hujung minggu ini akan ditunda termasuk perlawanan pada petang Isnin (awal pagi Selasa),” kata kenyataan dikeluarkan Liga Perdana.

Semua perlawanan dalam saingan Liga Bola Sepak Inggeris dan Liga Super Wanita turut ditunda.

Acara sukan lain yang dijadual berlangsung pada Jumaat termasuk kriket dan Kejuaraan Golf PGA Eropah turut dibatalkan.

Semua acara boleh kembali dilangsungkan selepas hujung minggu ini.



Bagaimanapun, semua badan penganjur sukan dinasihatkan tidak memilih tarikh yang bertindih dengan majlis pengebumian yang masih belum diumumkan.

“Tiada sebarang arahan untuk membatal atau menunda jadual acara sukan atau menutup venue hiburan sepanjang tempoh berkabung,” kata kenyataan dikeluarkan kerajaan Britain.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button