Barcelona rampas persada La Liga



MADRID: Skuad kendalian Xavi, Barcelona mendaki ke tangga teratas La Liga menerusi kemenangan 4-0 mengatasi pasukan terbawah, Cadiz dalam perlawanan yang terjejas akibat kecemasan di tempat duduk penonton.

Barca kini mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan.

Juara bertahan, Real Madrid, yang memiliki rekod sempurna setakat ini, boleh kembali ke kedukan teratas apabila mereka menentang Real Mallorca.

Frenkie de Jong meledak jaringan pertama pada minit ke-55 dengan penyerang Poland, Robert Lewandowski menggandakan kelebihan pasukannya 10 minit kemudian.



Lewandowski kini mengumpul enam gol daripada lima perlawanan liga.

Penjaga gol Cadiz, Jeremias Ledesma mengambil ‘defibrillator’ daripada bangku pemain dan segera ke tepi padang bagi memberikannya kepada pasukan perubatan di tempat duduk penonton.

Penyokong berkenaan kemudiannya dibawa ke hospital dengan ambulans.

“Perkara seperti ini berlaku melebihi bola sepak, kita bercakap mengenai nyawa manusia, jadi kami semua bersetuju untuk berhenti,” kata Xavi.



“Syukur meereka berjaya menyelamatkannya.”

Barcelona menjaringkan dua lagi gol selepas itu menerusi Ansu Fati pada minit ke-86 dan pemain Perancis, Ousmane Dembele, yang menjadikan 4-0 pada saat akhir aksi.

“Ia bukanlah perlawanan yang hebat, tapi ia agak bagus,” kata Xavi, yang akan membawa pasukannya ke Bayern Munich bagi aksi Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini.

AFP





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker