‘Helikopter, juruterbang hilang selepas terputus hubungan tengah hari tadi’

‘Helikopter, juruterbang hilang selepas terputus hubungan tengah hari tadi’

'Helikopter, juruterbang hilang selepas terputus hubungan tengah hari tadi'
Ka Siong mengesahkan menerima laporan kehilangan seorang juruterbang dan pesawat Eurocopter dipandunya tengah hari tadi. – NSTP/Balqis Jazimah Zahari

IPOH: Sebuah helikopter jenis Eurocopter dan juruterbangnya dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada jam 12.16 tengah hari tadi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata perkara itu dimaklumkan dan disahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) kepadanya.

“Sebuah helikopter syarikat swasta yang terbang dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada jam 11.37 pagi dengan seorang juruterbang dalam pesawat itu.

“Helikopter berkenaan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh pada jam 12.37 tengah hari tetapi dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur pada jam 12.16 tengah hari tadi.

“Lokasi terakhir dilaporkan di sekitar kawasan hutan dekat Bidor dan Langkap,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Stesen KTMB Ipoh, hari ini.

Beliau berkata, CAAM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berdasarkan prosedur ditetapkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

“Saya mendoakan yang terbaik, kita akan melakukan apa juga usaha untuk mengesan helikopter yang dikatakan hilang dari radar KLATCC itu.

“Selain mendapat kerjasama PDRM, kita turut mengerahkan semua pasukan agensi berkenaan mencari helikopter terbabit,” katanya.

Ka Siong berkata, operasi akan dijalankan di sekitar kawasan hutan Bidor dan Langkap yang dipercayai lokasi terakhir helikopter berkenaan terputus hubungan.

Katanya, operasi pencarian juga akan diadakan di atas laluan darat oleh PDRM.

“Jika mengikut radar dia (helikopter) memang sudah ada di atas tanah, namun kita tak tahu, selagi belum dapat (laporan penuh) maka kita tidak boleh buat sebarang andaian.

“Satu laporan lengkap dalam bentuk kenyataan akan dikeluarkan CAAM selepas ini,” katanya.

Kereta terputus dua, lelaki maut

 

‘Helikopter, juruterbang hilang selepas terputus hubungan tengah hari tadi’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker