Majlis Pemulihan Negara wajar dibubarkan

Majlis Pemulihan Negara wajar dibubarkan

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Majlis Pemulihan Negara adalah sebuah majlis mesyuarat bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[1]

Antara tugasnya adalah untuk menyokong Jemaah Menteri dalam pelaksanaan langkah-langkah yang perlu diambil dalam Pelan Pemulihan Negara. Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan antara komponen utama dalam Pelan Pemulihan Negara antara yang paling diberikan perhatian. Selain daripada itu, proses memudahcara pembukaan sektor-sektor ekonomi, sosial dan keagamaan turut diberi perhatian.



Mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk mematuhi prosedur operasi standard bagi membendung wabak COVID-19 supaya dapat beralih dari pandemik kepada endemik.[2]

Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin, wajar dibubarkan memandangkan Pandemik Covid-19 telah memasuki fasa endemik.

Terbaru, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin telah mengumumkan peraturan baru bagi pemakaian pelitup muka.

Meneliti matlamat asal penubuhan MPN, ia sudah boleh dipertimbangkan untuk pembubaran sejajar dengan pencapaian vaksinasi yang cemerlang oleh Kementerian Kesihatan.

Sekarang sudah sampai masanya kerajaan perlu memberi fokus terhadap masalah ekonomi negara yang agak teruk.

Majlis Pemulihan Negara wajar dibubarkan



Dengan kenaikan kadar inflasi sebanyak 4.4%, banyak perkara lebih penting perlu dipertimbangkan kerajaan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Rujuk – BACA SINI

Kerajaan juga telah menubuhkan Pasukan Khas Jihad Inflasi yang diterajui Tan Sri Annuar Musa bagi menangani kenaikan kadar inflasi serta serta kos sara hidup rakyat.

Namun begitu, apa yang dikesali, Pasukan tersebut masih lagi berada di bawah prestasi memuaskan sehingga didesak oleh DAP untuk dibubarkan.



Ini berikutan  susulan kenaikan kali ketiga Kadar Dasar Semalaman (OPR) berturut-turut pada tahun ini dengan kenaikan sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus.

Kadar tukaran matawang asing juga mempengaruhi ekonomi negara apabila Ringgit lemah berbanding USD.

Jadi apa maknanya Majlis Pemulihan Negara kepada ekonomi jika hanya membuang wang rakyat bagi membayar elaun kepada panel didalam MPN?

Majlis Pemulihan Negara wajar dibubarkan



 

Apa jadi dengan teori “Najib” turun, ringgit naik?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button