Pernah Dikutuk Tak Layak Jadi Penyanyi, Aisha Retno Kental Tampil Showcase Pertama

Pernah Dikutuk Tak Layak Jadi Penyanyi, Aisha Retno Kental Tampil Showcase Pertama

Tidak hanya itu, ada juga yang memperkecilkan bakatnya dan menganggap Aisha ‘trying too hard’.

Pernah Dikutuk Tak Layak Jadi Penyanyi, Aisha Retno Kental Tampil Showcase Pertama

Penyanyi Aisha Retno tidak dapat menahan sebak semasa membuat persembahan di showcase sulungnya baru-baru ini.

Aisha, ketika ditemui Getaran  di acara istimewa ‘An Intimate Showcase with Aisha Retno’ tidak menyangka usahanya sejak 2019 berkecimpung dalam dunia nyanyian di Malaysia semakin membuahkan hasil apabila lagunya iaitu ‘W.H.U.T (Wanna Hold You Tight)’ mendapat sambutan dengan 33 juta penstriman di Spotify.

Mengimbau kembali perjalanannya, juara Vokal Mania 2020 itu mendedahkan pernah menerima pelbagai kejian dan cacian seperti komen jahat yang mengatakan dia tidak layak bergelar penyanyi.

Tidak hanya itu, ada juga yang memperkecilkan bakatnya dan menganggap Aisha ‘trying too hard’.

“Bukan mudah menempa nama dalam industri ini. Saya sangat baru dan banyak lagi liku perjalanan yang saya perlu lalui.

“Saya akui perjalanan ini tidak mudah. Dan Saya masih ingat menerima kecaman netizen yang belum boleh menerima kehadiran saya. Kata-kata itu agak kejam, ada yang kata saya terlalu mencuba dan saya tidak layak mendapatkan apa yang saya ada sekarang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 


“Namun, saya ambil yang positif dan tidak terlalu menghiraukan perkara itu. Alhamdulillah, lama kelamaan ramai yang boleh terima muzik saya termasuk pendengar dari Indonesia,” katanya.

Pernah Dikutuk Tak Layak Jadi Penyanyi, Aisha Retno Kental Tampil Showcase Pertama
Aisha Retno di showcase sulungnya Khamis lalu

Selepas tampil dengan muzik bergenre EDM dan etnik pop bertajuk ‘Sutera’, artis kacukan Melayu-Indonesia itu bercita-cita mahu mengukuhkan namanya tidak hanya sebagai seorang penyanyi malah sebagai seorang penulis lirik.

“Selepas ini, impian saya adalah untuk menjadi penyanyi dan pencipta lagu. Alhamdulillah, saya baru memulakan perjalanan saya sebagai penulis lirik di Faithful Music tiga bulan yang lalu. Walaupun masih baru, saya akan cuba semampu mungkin untuk kekal berkarya,” tambahnya.

Berbicara mengenai perasaan mengadakan showcase pertamanya, Aisha akui berasa teruja kerana dapat menghargai para peminat dan rakan media secara lebih dekat.

“Ini merupakan showcase yang dibuat khas untuk para peminat dan media, semestinya saya amat teruja. Alang-alang sudah buat persembahan secara lebih dekat, bolehlah saya persembahkan lagu terbaru iaitu ‘Sutera’ secara langsung dan sekali gus dapat mempromosikannya kepada tetamu yang hadir,” katanya.

Dalam showcase itu, Aisha menyanyikan beberapa buah lagu dari single sulung ‘Mengikat Jiwa’ dan sebahagian lagu yang pernah menjadi runut bunyi drama iaitu ‘Cinta Denganmu’ dan ‘Nukilanku’, ‘W.H.U.T(Wanna Hold You Tight)’ dan semestinya, ‘Sutera’.

Terdahulu, Aisha telah mencipta sejarah manis apabila wajahnya menghiasi papan iklan tersohor di New York untuk kempen EQUAL daripada Spotify pada Julai lalu. EQUAL adalah satu kempen global yang memperjuangkan hak sama rata wanita dalam muzik.

Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang

Pernah Dikutuk Tak Layak Jadi Penyanyi, Aisha Retno Kental Tampil Showcase Pertama


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker