Album Terbaik AIM23 milik Yonnyboii

Bawa pulang hadiah RM200,000

Album Terbaik AIM23 milik Yonnyboii

Album Terbaik AIM23 milik Yonnyboii
Album Terbaik AIM23 milik Yonnyboii

MALAM kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) menyaksikan penyanyi rap Yonnyboii merangkul trofi bagi kategori Album Terbaik menerusi album berjudul Yonny (Deluxe Version) pada acara yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Kemenangan itu sekaligus membolehkan Yonnyboii membawa pulang hadiah berupa Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebanyak RM200,000.

AIM23 turut menyaksikan penyanyi Ernie Zakri memenangi kategori Lagu Terbaik menerusi lagu Goodbye Hello nyanyian bersama suaminya, Syamel.

Ernie turut menerima DKD RM50,000.

Album Terbaik AIM23 milik Yonnyboii
Liza Hanim bersama dua trofi kemenangan menerusi lagu Bahagiakan Dia.

Selain Lagu Terbaik, Ernie turut memenangi dua lagi trofi iaitu Lagu Pop Terbaik (Goodbye Hello) dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Sinar Mata Hati.

Bagi kategori Artis Baru Terbaik kemenangan milik bintang yang semakin bersinar iaitu Vanessa Reynauld yang turut menerima DKD sebanyak RM50,000.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Manakala bagi kategori Video Muzik Terbaik yang turut menerima DKD RM20,000 dimenangi oleh Janna Nick menerusi lagu Gatal hasil arahan Chuan Looi.

Dalam pada itu, duet di antara Shila Amzah dan Liza Hanim menerusi lagu Bahagiakan Dia membuahkan hasil apabila mereka menggondol dua trofi dalam kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu dan Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama.

Album Terbaik AIM23 milik Yonnyboii
Lagu Nasyid Terbaik milik Alyah.

Seperti kelaziman AIM sebelum ini, Anugerah Sri Wirama tahun ini diberikan kepada Pengarah Urusan Suria Records Sdn. Bhd. iaitu Tan Su Loke atas sumbangan dalam dunia penerbitan album penyanyi popular tahah air.

Penyanyi terkenal yang pernah bernaung di bawah Suria Records, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Liza Hanim turut membuat penampilan istimewa dengan menyampaikan lagu-lagu popular mereka sebagai tribute kepada Tan.

Acara pada malam itu turut diserikan dengan persembahan mantap daripada barisan selebriti termasuk Nikki Palikat, Aina Abdul, Marsha Milan, Janna Nick, Ernie Zakri, Hafiz Suip dan ramai lagi.

AIM23 dikendalikan oleh gandigan Awal Ashari, Sherry Alhadad dan Azad Jazmin sebagai pengacara.

Album Terbaik AIM23 milik Yonnyboii
Lagu Pop Etnik Terbaik milik Adat Kasih nyanyian Ziha Salleh.

 

Berikut adalah senarai penuh pemenang AIM23.

 

  • Artis Baru Terbaik: Vaneesa Reynauld
  • Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki): Pilu (Arddley Nicholas)
  • Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita): Sinar Mata Hati (Ernie Zakri)
  • Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan): Tunggu (V.E)
  • Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu: Bahagiakan Dia (Shila Amzah & Liza Hanim)
  • Album Terbaik: Yonny (Deluxe Version) (Yonnyboi)
  • Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu:
  • Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara: Tak Ingin Usai (Keisya Levronka)
  • Lagu Cina Tempatan Terbaik: Uriah
  • Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: Game of Charades (Sophia Zuhri)
  • Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik: Fun, Lust, Love (Late Night Frequency)
  • Lagu R&B/Hip Hop Terbaik: CIAO (Joe Flizzow)
  • Lagu Pop Terbaik: Goodbye Hello (Ernie Zakri & Syamel)
  • Lagu Rock Terbaik: Tugu Ugut (Sekumpulan Orang Gila)
  • Lagu Nasyid Terbaik: Thank You Allah (Alyah ft. Cat Farish & Ustaz Haris)
  • Lagu Pop Etnik Terbaik: Adat Kasih (Ziha Salleh)
  • Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama: Bahagiakan Dia (Shila Amzah & Liza Hanim)
  • Video Muzik Terbaik: Gatal (Janna Nick)
  • Rakaman Album Terbaik: Belagu (Dayang Nurfaizah)
  • Rakaman Lagu Terbaik: Tudung Periuk (Dayang Nurfaizah)
  • Kulit Single/Album Terbaik: Adat Kasih (Ziha Salleh)
  • Lagu Terbaik: Goodbye Hello (Ernie Zakri & Syamel)
  • Anugerah Sri Wirama: Tan Su Loke (Pengarah Urusan Suria Records Sdn. Bhd.)
  • Album Terbaik AIM23 milik Yonnyboii

Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang

Album Terbaik AIM23 milik Yonnyboii


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker