Anna Kendrick hampir tolak tawaran berlakon kerana masalah depresi

LOS ANGELES, Amerika Syarikat – Pelakon Hollywood, Anna Kendrick mengakui hampir menolak tawaran berlakon filem Alice, Darling kerana pernah melalui situasi yang sama seperti jalan cerita berkenaan.

Memetik laporan People, Kendrick mendedahkan dia pernah mengalami penderaan mental dan emosional ketika dalam hubungan percintaan beberapa ketika dahulu.

“Saya bercakap atas dasar pengalaman berdepan dengan situasi yang sama dengan watak dalam filem ini. Saya pernah melalui hubungan penuh toksik.

“Ketika itu, saya terlalu sayang dan mempercayainya melebihi diri sendiri. Saya hidup dalam kekeliruan dan trauma dengan penderaan emosi,” katanya.

Tambahnya, tekanan perasaan dialami membuatkan dia terpaksa dirujuk kepada pihak psikiatri.

Filem arahan Mary Nighy ini mengisahkan tentang Alice (Kendrick) dibantu dua rakannya untuk meninggalkan hubungan toksik dengan kekasihnya, (Charlie Carrick).

Akibat hubungan itu, Alice berdepan dengan tekanan jiwa. Filem ini akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto, Ahad ini.

Awal tahun ini, Kendrick umum putus cinta dengan pelakon Bill Hader selepas hampir dua tahun bersama.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker