Apakah UMNO Akan Terkubur Sekiranya BN Berpecah Sebelum PRU 15?



Apakah UMNO Akan Terkubur Sekiranya BN Berpecah Sebelum PRU 15?

Apakah UMNO Akan Terkubur Sekiranya BN Berpecah Sebelum PRU 15?

Berita yang baharu sampai kepada kami agak mengejutkan.

Selepas beberapa usaha kelompok tertentu untuk ‘hjacked’ kepimpinan UMNO gagal, kini mereka sedang menjalankan agenda baharu.

Kami difahamkan kelompok ini sedang berusaha mempengaruhi parti komponen dalam Barisan Nasional supaya menggantikan Pengerusi BN, DS Zahid dengan pemimpin pilihan mereka.



Namun dalam ucapan DS Zahid dalam Perhimpunan Agung ke 14 parti Makkal Sakti, beliau secara tidak berselindung menegaskan kepimpinan UMNO sudah menghidunya.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/635408

Ibarat sudah jelas lagi bersuloh, matlamat mereka adalah untuk memastikan mereka akan tetap bertanding dalam PRU 15.



Bagi kami, apa yang mereka sedang usahakan ini adalah sesuatu yang sangat merbahaya kerana ianya boleh menyebabkan BN berpecah.

Kemungkinan yang berlaku kita boleh jangkakan.

Seandainya MCA dan MIC bersetuju untuk menggantikan Pengerusi BN dengan pemimpin pilihan mereka, UMNO sudah pasti tidak akan bersetuju.

Akibatnya besar kemungkinan UMNO akan membuat keputusan untuk berpisah dari BN dan bergerak secara solo dalam PRU 15.



UMNO sebenarnya tidak akan menghadapi masalah untuk bertanding atas tiket UMNO dan bukannya atas tiket BN.

Malah ianya akan memberikan kelebihan kepada UMNO kerana:

  • Beberapa kerusi majoriti Melayu yang selama ini ‘dihadiahkan’ kepada MCA dan MIC boleh diambil kembali.
  • Semua kerusi yang diagihkan kepada MCA dan MIC selama ini boleh diberikan kepada semua parti yang selama ini mesra BN dan disokong sepenuhnya oleh UMNO.
  • Tidak boleh dinafikan, MCA dan MIC selama ini banyak bergantung kepada jentera UMNO, contohnya ialah dalam PRK Tg Piai.
  • Yang akan menerima kesan buruk ialah MCA dan MIC dan bukannya UMNO.

Beberapa Perkara Yang Mesti Di Tangani Sekiranya BN Berpecah

Namun begitu, satu perkara yang mesti difikirkan secara serius ialah, adakah UMNO akan menggunakan logo baharu atau menggunakan logo UMNO?

Serta parti yang mesra UMNO yang akan bertanding dengan sokongan UMNO, apakah mereka akan menggunakan logo parti mereka sendiri atau logo UMNO?



Sekiranya mereka menggunakan logo mereka sendiri, dikhuatiri pengundi akan keliru.

Namun sekirnya mahu menggunakan logo parti UMNO, perlembagaan UMNO mesti dikaji supaya ianya tidak akan menyebabkan kemenangan yang dicapai akan dibatalkan.

Di kala rakyat sudah mula kembali kepada BN, diharapkan tidak berlaku perpecahan di dalam BN hanya kerana nafsu serakah pihak tertentu.

Namun sekira ianya berlaku, kami yakin UMNO tidak akan menoleh ke belakang lagi.

 

Apakah UMNO Akan Terkubur Sekiranya BN Berpecah Sebelum PRU 15?

 

Pemandu Teksi Rindukan Zaman Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker