AS buru `Fat Leonard’, tawar ganjaran hampir RM180,000



AS buru `Fat Leonard’, tawar ganjaran hampir RM180,000

AS buru `Fat Leonard’, tawar ganjaran hampir RM180,000
GANJARAN yang ditawarkan oleh Perkhidmatan Marshal AS dalam notis dikehendaki di muat naik di laman Twitter. – AGENSI

WASHINGTON: Agensi penguatkuasaan undang-undang Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran sehingga AS$40,000 (RM179,840) kepada mana-mana individu menyalurkan maklumat yang boleh membawa kepada penahanan ahli perniagaan warga Malaysia, Leonard Glenn Francis.

Francis atau dikenali sebagai `Fat Leonard’ yang terlibat dalam skandal rasuah besar membabitkan Tentera Laut AS, melarikan diri dari tahanan rumah menjelang pelaksanaan hukumannya.

Memetik laporan Al Jazeera, Perkhidmatan Marshal AS memaklumkan mengenai tawaran ganjaran itu dalam satu notis dikehendaki yang dimuat naik di laman Twitter.



“Ganjaran sehingga AS$40,000 (RM179,840) ditawarkan oleh Perkhidmatan Marshal AS dan Perkhidmatan Siasatan Jenayah Tentera Laut (NCIS) bagi maklumat membantu dalam penahanan Francis.

“Francis berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun apabila dia memotong alat pemantauan GPS pada 4 September lalu dan melarikan diri,” jelas notis itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dilaporkan, Francis melarikan diri dari kediamannya di San Diego pada awal bulan ini selepas memotong gelang peranti pemantauannya yang dipasang pada buku lalinya.

Francis yang berasal dari Pulau Pinang, dijadualkan dijatuhkan hukuman pada akhir bulan ini selepas mengaku bersalah atas peranannya dalam kes rasuah bernilai AS$35 juta (RM157.4 juta) yang melibatkan pegawai kanan Tentera Laut AS.



Ekoran masalah kesihatan, Francis dikenakan tahanan rumah pada 2018, di bawah pengawasan Perkhidmatan PraPerbicaraan, sebuah agensi Persekutuan di AS yang mengawasi defenden yang berada di luar tahanan sehingga hukuman dijatuhkan.

Francis dikatakan bersetuju menjadi saksi pendakwaan yang mana pihak pendakwa raya berjaya memperoleh sabitan kesalahan terhadap 33 daripada 34 defenden termasuk puluhan pegawai Tentera Laut AS.

Pada 2015, Francis mengaku bersalah atas tuduhan memberi wang tunai, percutian mewah, pekerja seks dan hadiah kepada pegawai Tentera Laut AS dan pihak berkaitan sebagai ganjaran pertukaran kontrak ketenteraan yang menguntungkan.

Francis menjadi individu penting disebalik skandal rasuah bernilai jutaan dolar yang dikendalikan melalui syarikatnya berpangkalan di Singapura yang memberikan perkhidmatan kepada armada Pasifik Tentera Laut AS.



Menurut pasukan pendakwa raya, syarikat itu mengenakan bayaran berlebihan sekurang-kurangnya AS$35 juta (RM157.4 juta) terhadap Tentera Laut AS untuk memberi perkhidmatan kepada kapal AS.

Ketika ini, hampir 10 agensi AS sedang memburu Francis, bagaimanapun pihak berkuasa mendakwa Francis mungkin sudah berada di Mexico dan mungkin dalam perjalanan pulang ke Asia.

Pihak berkuasa AS mengeluarkan notis merah terhadap Francis yang antara lain meminta penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia untuk menahan sementara bagi kemungkinan ekstradisi.

5 maut tembakan di kampus Hospital St Francis

 

AS buru `Fat Leonard’, tawar ganjaran hampir RM180,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker