Berdepan kesukaran, Russia undurkan tentera dari timur Ukraine

Berdepan kesukaran, Russia undurkan tentera dari timur Ukraine

Berdepan kesukaran, Russia undurkan tentera dari timur Ukraine
PASUKAN bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa selepas sebuah blok kediaman musnah dibedil serangan udara di Kharkiv, Ukraine. – AFP

KHARKIV: Russia dilapor mengundurkan pasukan tenteranya dari wilayah Kharkiv di timur Ukraine, ketika Kyiv mengumumkan pasukan askarnya berjaya menawan semula beberapa wilayah yang dikuasai Moscow sebelum ini.

Pasukan pemisah pro-Russia di timur Ukraine memaklumkan, pasukan tentera Moscow berdepan kesukaran ketika bertempur dengan askar Ukraine di beberapa bahagian di wilayah Donetsk.

Seorang pegawai kerajaan Ukraine juga memberitahu, pasukan tentera Kyiv menguasai semula bandar Lysychansk yang sebelum ini ditawan Russia pada Julai lalu.

Pengumuman Moscow dan dakwaan Kyiv yang yakin dapat menawan semula kebanyakan wilayahnya disifatkan sebagai ‘perubahan terbesar’ sejak peperangan berlangsung lebih enam bulan lalu.

“Keputusan dibuat untuk menempatkan semula pasukan Russia di wilayah Balakliya dan Izyum bagi mengukuhkan kedudukan barisan hadapan di Donetsk,” menurut Kementerian Pertahanan Russia dalam satu kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dalam pada itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyifatkan pencapaian pasukan tenteranya amat membanggakan, sekali gus membuktikan kepada Russia bahawa negara ini tidak akan mudah mengalah.

“Beberapa hari ini, tentera Russia sudah menunjukkan diri sebenar mereka (melarikan diri). Tiada tempat untuk penceroboh di bumi Ukraine,” katanya.

Beliau juga menuduh Moscow cuba mencetuskan ‘kesusahan dan kekecohan’ menjelang 90 hari musim sejuk tiba di Ukraine dan Eropah apabila menghentikan bekalan gas.

Sementara itu, kumpulan pemantau menjangkakan pasukan tentera Ukraine bakal menguasai sepenuhnya Kharkiv dalam masa terdekat. – AFP

Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang

 

Berdepan kesukaran, Russia undurkan tentera dari timur Ukraine


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker