Rakyat Enggan Tertipu Lagi – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Dr Abd Rahman Bakri berpandangan rakyat kini sudah matang selepas melalui Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Beliau malah percaya rakyat khususnya pengundi di kawasan ini akan memberikan pengajaran sewajarnya kepada Pakatan Harapan (PH) termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang pernah bersama sebagai parti komponen gabungan itu.

“Bukan kita bercakap lebih daripada orang lain fikir tapi saya penuh yakin bahawa mood rakyat untuk kembali menyokong BN (Barisan Nasional) begitu tinggi.

“Pengundi di sini begitu hampa dan kecewa apabila Ahli Parlimen dari UMNO yang mereka sokong tiba-tiba lompat ke PPBM dan pengundi rasa terhina dan tertipu.

“Saya percaya mereka cuba untuk memberikan kepercayaan balik kepada UMNO dan mereka yakin akan beri pengajaran terbaik bukan sahaja kepada PH bahkan PPBM yang akan bertanding melawan simbol BN,” katanya ketika ditemui UMNO Online baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai PRU15, beliau memaklumkan UMNO Sabak Bernam sudah bersedia meliputi pelbagai aspek bagi mempertahankan kerusi Parlimen di tangan UMNO/BN.

“Dari segi kesiap siagaan kami sudah sedia untuk menghadapi PRU, kita sudah mengarahkan Jalinan Rakyat, teknologi informasi (IT) serta ejen mengundi, ejen pengira dan ejen barong (PACABA).

“Kita juga telah pun mengadakan jentera PRU15 BN Parlimen Sabak Bernam untuk kita mengadakan kursus jentera d-day yang akan dijalankan pada bulan ini untuk memanggil semua jentera di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Kita ada lebih 32 PDM (Pusat Daerah Mengundi) jadi di situ nanti kita akan mererangkan cara gerak kerja yang lebih tersusun dan akan panggil bersama dengan BN dan UMNO Selangor untuk memberikan taklimat,” ujar beliau.

UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker