Jemaah menteri setuju gubal RUU Sumbangan Politik

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Berkaitan Sumbangan Politik.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, RUU ini akan cuba dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, beliau akan menyusul pandangan Jemaah Menteri agar kerangka perundangan yang dicadangkan bagi RUU berkenaan dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik untuk diperhalusi sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Parlimen kelak.

Dalam kenyataannya di sini, Wan Junaidi berkata, beliau telah membentangkan skop dasar bagi RUU Sumbangan Politik dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 September lepas.

Skop itu melibatkan Pengawal Sumbangan Politik dijadikan sebuah entiti bebas bagi mengawal selia sumbangan politik di negara ini.

Beliau berkata penggubalan RUU itu akan mengambil kira pandangan pihak-pihak berkepentingan termasuk parti politik melalui sesi libat urus yang diadakan.

© Malaysia Gazette

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker