Padah meraikan kemenangan Manchester United

 

Seorang penyokong yang berlari masuk ke padang bagi meraikan kemenangan Manchester United menerima padah apabila dilarang menyaksikan perlawanan bola sepak selama tiga tahun.

Dex Lewis, 29, didakwa atas kesalahan menceroboh padang ketika United menentang Atalanta dalam aksi Liga Juara-Juara pada Oktober lalu tetapi dia kini tidak dibenarkan menonton perlawanan di stadium selama tiga tahun.

Lewis ditahan oleh polis dan pengawal keselamatan selepas Man United menewaskan kelab Itali itu 3-2.

Dia yang berasal dari Newport dihadapkan di Mahkamah Magistret Manchester mengaku bersalah dan didenda £230 dan £119 lagi bayaran kos mahkamah.

Magistret Ronald Marshall berkata: “Menjadi kesalahan jenayah menceroboh padang. Terdapat banyak papan tanda di sekeliling stadium yang memberi amaran jika anda melakukannya, anda akan didakwa di mahkamah. Walau apapun alasan.”

“Anda dilarang daripada memasuki mana-mana stadium atau menonton perlawanan bola sepak di UK,” kata Marshall.

“Jika perlawanan berlangsung di luar negara, anda perlu hadir ke balai polis Newport dan menyerahkan dokumen perjalanan.”

Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker